Pemimpin-pemimpin DAP berkumpul di ibu pejabat parti itu di sini malam tadi bagi menghadiri sesi taklimat berkaitan isu khat jawi di sekolah vernakular.
Antara pemimpin tertinggi yang menyertai taklimat itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Organisasi, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Setiausaha Agung, Teresa Kok serta pimpinan-pimpinan negeri.
Turut hadir, Setiausaha Antarabangsa DAP yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
Bagaimanapun, pihak media dimaklumkan tiada sidang media diadakan malam tadi sebaliknya DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil taklimat itu hari ini.
Baru-baru ini, Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
BACA: Bukan Melayu juga ikuti kursus seni khat di universiti
BACA: Lip Eng disaran hayati sejarah tulisan Jawi - Mujahid
Pengumuman itu mendapat bantahan ramai pihak termasuk 138 pemimpin akar umbi dan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri DAP.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam maklum balasnya berhubung isu itu berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.
BACA: Kerajaan tekad teruskan pengajaran tulisan khat - Tun M
BACA: Kementerian Pendidikan diminta bertegas laksana pengajaran tulisan khat
Kementerian Pendidikan sebelum itu menyatakan pengenalan tulisan khat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.
Kerajaan turut memberi jaminan akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih mudah difahami dan tidak membebankan murid dan guru.
Sinar Harian
Mon Aug 05 2019
Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching turut menghadiri taklimat berkaitan isu khat jawi di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto SINAR HARIAN
Mahkamah Agung Brazil dikosongkan selepas dua insiden letupan, seorang maut
Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan selepas dua letupan berlaku di luar bangunan berkenaan pada Rabu malam.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 November 2024
1️⃣ Tumpuan sidang Parlimen
2️⃣ Jumlah wang tidak dituntut RM12.8 bilion
3️⃣ Pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan sidang Parlimen
2️⃣ Jumlah wang tidak dituntut RM12.8 bilion
3️⃣ Pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia
#awaniringkas
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
AWANI Pagi: Inovasi sistem pemakanan automatik berpusat untuk industri akuakultur ikan keli (s-SSBA)
Saksikan wawancara eksklusif AWANI Pagi bersama Dr. Ros Saidatunnaziah Md Yusoff, Ketua Pusat COT, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dan Izhar Ahmad, Ketua Penyelidik PPRN 2.0, yang akan membincangkan inovasi s-SSBA, teknologi IR 4.0 dan IoT dalam sistem pemakanan ikan keli, serta impaknya terhadap industri, pelajar, dan masyarakat.
Serangan ke atas agensi PBB cara Israel "hapus" rakyat Palestin daripada sejarah
Serangan ke atas UNRWA adalah sebahagian tindakan 75 tahun Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin daripada sejarah.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 November 2024
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan menyaksikan tekanan jualan berterusan apabila para pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati susulan kebimbangan Donald Trump akan memperkenalkan tarif baharu ke atas perdagangan asing, terutamanya yang menyasarkan China.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 14 November 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 November 2024
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN, kecuali baht Thailand, naik kepada 12.7456/7608 daripada 12.8243/8390 ketika ditutup pada Isnin. Bagaimana prestasi ringgit setakat pembukaan pagi Rabu?
COP29: Cabaran Pembiayaan Perubahan Iklim
Cabaran pembiayaan untuk memerangi perubahan iklim adalah sangat besar. Sistem kewangan global perlu menggerakkan anggaran $125 trilion menjelang 2050 untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih. Walaupun terdapat komitmen yang bercita-cita tinggi, masih terdapat jurang besar dalam pembiayaan, terutamanya untuk teknologi seperti hidrogen dan biofuel yang masih kurang dibiayai. Dzulfitri Yusof melaporkan dari COP29 di Baku, Azerbaijan bersama Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan Maybank, Shahril Azuar Jimin.
Rakyat Malaysia di AS diminta berdaftar dengan kedutaan, hindari kawasan protes
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta berdaftar dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.
Belum ada keputusan rasmi mansuh aliran sains, sastera - Maszlee Malik
Ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu dan ia hanya satu perkara yang dibincangkan dalam ucapannya di Jerman 14 Oktober lalu.
Puluhan ribu rakyat Rusia adakan protes tuntut pilihan raya adil
Puluhan ribu rakyat Rusia turun bantah pengecualian pembangkang dan calon bebas dari pemilihan Dewan Kota Moscow
Tentera Israel serbu Tebing Barat
Satu serbuan tentera Israel yang menyamar sebagai penjual sayur mencetuskan bantahan penduduk Tebing Barat.
Adun BN Kedah sebulat suara keluar dewan
Ini berlaku setelah Abu Hassan enggan berdiam diri walaupun diarah berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Lim Soo Nee (PKR-Kulim) yang tidak memberi peluang untuknya bercakap.
Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel
Ruang ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.