Pemindahan pusat pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan mampu memberikan dinamika baharu kepada Malaysia, terutamanya dalam konteks persekutuan Malaysia iaitu antara Sabah dan Sarawak.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Hamidin Hamid, berkata pemindahan ibu negara ini akan membina satu titik baharu dari segi ekonomi dan kepentingan strategik.
"Pemindahan ini akan memberikan persaingan antara Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan dari segi aktiviti dan ekonominya.
"Ia akan menjadi satu magnet yang amat kuat dalam konteks serantau.
"Bagaimana ini akan membina hubungan baharu antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat di Malaysia dan pada masa akan datang, ia bergantung kepada bagaimana Kuala Lumpur boleh meletakkan kepentingan Sabah dan Sarawak dalam perundingan apabila bercakap mengenai pemindahan tersebut," kata Hamidin ketika menjadi tetamu bersama Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim dalam program Buletin AWANI Khas pada Jumaat.
Amir pula berkata dengan perpindahan tersebut, ia akan memberikan manfaat dari segi pertahanan kepada negeri-negeri Malaysia Timur.
Hal ini kerana dengan pemindahan ibu negara itu, pihak Indonesia akan meningkatkan serta memastikan keselamatan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.
"Perbelanjaan pertahanan kita untuk Sabah dan Sarawak terutamanya selepas pencerobohan Lahad Datu menelan perbelanjaan yang besar.
"Dengan pemindahan ibu kota ini, Indonesia akan meningkatkan dan memastikan pertahanan Kalimantan dan sekali gus seluruh pulau Borneo.
"Ada baiknya kita barkongsi kos pertahanan dan jika jiran kita berada di Kalimantan, sudah pasti ia akan berlaku peningkatan dari segi mutu kawalan pertahanan di Kalimantan," ujarnya.
Isabelle Leong
Fri Aug 09 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) pada pertemuan bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat sempena lawatan rasmi Presiden Indonesia ke Malaysia. - Foto Bernama

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF2023: Pemimpin Asia perlu lebih lantang soal ESG - Amir Fareed
Isu kelestarian alam sekitar, sosial dan urus tadbir perlu diperbincangkan dengan lebih serius, mendalam dan saksama.

Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed
Sudah sampai masa penyelesaian kepada masalah rakyat tidak boleh semata-mata difikir dan ditentukan oleh kerajaan pusat.

Pemilihan Johari Abdul sebagai Speaker Dewan Rakyat sesuai dengan keadaan - Amir Fareed
Pengalaman beliau diperlukan untuk mengendalikan suhu Parlimen yang dijangka akan 'panas'.

Pengurangan cukai M40 mampu rancakkan perbelanjaan domestik - Penganalisis
Tambahan duit poket bagi golongan berpendapatan pertengahan membolehkan mereka berbelanja lebih dan kewangan negara diperkukuh.

Malaysia, Indonesia perlu bersatu pastikan kelapa sawit jadi sumber minyak utama dunia
Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed Rahim berkata Kuala Lumpur dan Jakarta mampu menguasai 80 peratus daripada pasaran minyak kelapa sawit jika bergabung.

Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis
Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan akan membina satu titik baharu dari segi ekonomi dan kepentingan strategik.