Seorang pemuda maut dipercayai terkena bilah jentera pemotong jerami padi di Kampung Pida 2 Manggol Bonggor dekat Kodiang, Kedah pada Ahad.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Alif Rezman Azhar, 21, dikatakan berseorangan mengendalikan jentera terbabit sementara majikannya keluar untuk membeli makanan.
Majikannya, Azli Che Ahmad, yang baru kembali ke sawah terkejut sebaik melihat jentera itu bergerak tanpa ada pemandu yang mengendalikannya.
Selepas memeriksa jentera tersebut, dia ternampak mangsa terbaring di dalam gumpalan jerami dalam keadaan berlumuran darah pada jarak 12 meter dari jentera.
Majikan mangsa kemudiannya menghubungi Balai Polis Jitra untuk memaklumkan kejadian.
Polis yang tiba tidak lama kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dengan tangan kanannya hampir putus, serta mengalami kecederaan parah di kepala dan perut.
"Pada masa tu saya sedang berbual dengan pemandu traktor lain, dan dia tanya saya kenapa traktor (mangsa) berhenti. Kira-kira setengah macam tu.
"Cuma kami menyangka traktor tersebut rosak. Kami pergi untuk melihat tapi tak nampak, dan sangka dia (mangsa) dah balik," katanya.
Nenek saudara mangsa, Rukiah Hashim, 65, pula bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan orang kampung dan terkejut melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa lagi.
"Terkejut bila mereka beritahu, ketar lutut nak solat pun tak boleh.. tak sangka," katanya.
Mangsa merupakan anak yatim piatu tinggal bersendirian di rumah pusaka tinggalan arwah ibu bapanya yang meningggal dunia lima tahun lalu.
Dua lagi adik mangsa Afiza Syazlini, 15 dan Amelia Syazwanu Azhar, 16, dijaga ibu saudara mereka di Padang Sera, Jitra kerana masih bersekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohamad Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 03 2019

Mangsa ditemui terbaring di dalam gumpalan jerami dalam keadaan berlumuran darah pada jarak 12 meter dari jentera. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Damailah kau di sana, Abangku ...
Jenazah Alif Rezman Azhar, 21, mangsa yang maut akibat terkena pisau jentera pemotong jerami, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kamunting, Jitra, Kedah pagi tadi.

Pemuda maut terkena bilah jentera pemotong jerami
Seorang pemuda maut diputar jentera pembajak di Kampung Pida 2 Manggol Bonggor dekat Kodiang, Kedah pada Ahad.