Pemuda UMNO akan memulakan prosedur saman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor malam tadi.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan polis turut dibuat Pemuda UMNO Johor pada petang Sabtu berhubung tuduhan palsu Syed Saddiq yang juga ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Melampau kamu wahai Syed Saddiq! Kamu bergaduh sama sendiri musim pemilihan Armada, kamu tuduh UMNO yang cetuskan.
“Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam Facebook ini. Mudah kami Pemuda UMNO menyaman kamu buat laporan palsu.
BACA: Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
BACA: Armada buat laporan polis berhubung kumpulan serang Syed Saddiq
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
“Sudahlah kes dengan Saudara Azri Papagomo dulu kamu tuduh beliau mencekik leher sehingga tisu terkoyak masih berjalan di mahkamah. Tunggulah pula saman kedua jika kamu terus menuduh UMNO yang menyebabkan kamu lompat pagar malam tadi,” katanya di laman Facebook hari ini.
Asyraf berkata demikian dengan memuat naik tangkap layar kenyataan Syed Saddiq di media sosial itu dengan tuduhan mengesyaki penglibatan UMNO dalam kejadian tersebut.
Dalam kenyataannya, Syed Saddiq memberitahu bahawa Armada turut membuat laporan polis terhadap sekumpulan individu yang sengaja mencetuskan huru-hara pada majlis pertemuan sayap parti itu di sebuah resort di Ulu Tiram, Johor malam tadi.
“Mereka disyaki daripada pihak pembangkang iaitu UMNO yang sengaja datang untuk mengganggu program kami. Namun tindakan mereka sangat ganas dan merbahaya,” katanya.
Sinar Harian
Sat Feb 01 2020
AYSRAF WAJDI: Kalau berani buat laporan polis dan tulis terang-terang tuduhan kamu seperti dalam Facebook ini. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.
Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.
Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.
'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.
Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.
Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.