Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata para pegawai dan pakar pencarian akan terus menganalisis kesemua data yang ada untuk mencari pesawat MH370.
"Kita menggantung pencariannya agar kita boleh kembali ke rancangan asal dan mengkaji semula data pencarian laut dalam, data serpihan, corak hanyutan dan data satelit.
"Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan terus menganalisis sebarang data yang mereka miliki sementara Pertubuhan Saintifik dan Kajian Komanwel akan terus menganalisis corak hanyutan serpihan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Anih Bhd di sini hari ini.
Liow berkata Malaysia telah menubuhkan pasukan tindak balas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman untuk melihat serpihan dan menghubungi kembali semua negara yang berada di sekitar Lautan Hindi bagi membantu Kuala Lumpur dalam mencari hasil tinggalan pesawat Malaysia Airlines itu.
Beliau yang baru kembali daripada Perth, Australia setelah bertemu dengan anak kapal terakhir yang meninggalkan kawasan pencarian, berkata pihak berkuasa Australia telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Malaysia bagi menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden itu.
Liow berkata kementeriannya akan mengadakan sesi dialog dengan saudara mara mangsa MH370 bagi menangani keprihatinan dan menjawab persoalan terutamanya yang berkaitan penggantungan usaha pencarian.
"Saya telah mengarahkan KP DCA untuk bekerjasama dengan ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) dan Malaysia Airlines Bhd untuk memberi penjelasan kepada keluarga mangsa MH370.
"Kita akan merancang siri dialog dengan saudara mara mereka selepas Tahun Baru Cina mengenai pencarian kita. Kita tidak mahu mereka berfikir yang kita menggantung usaha pencarian begitu sahaja tanpa sebarang perkembangan. Kita mahu mencari jawapan bagi misteri ini bersama mereka," katanya.
Selasa lalu, Malaysia, Australia dan China mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengumumkan penggantungan usaha pencarian pesawat Boeing 777-200ER selepas tidak berhasil meneroka kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Pesawat MH370 hilang daripada radar bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam penerbangan menuju Beijing daripada Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017

TIONG LAI: Para pegawai dan pakar pencarian akan terus menganalisis kesemua data yang ada untuk mencari pesawat MH370. - Gambar fail

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Pencarian MH370 kembali ke rancangan asal - Tiong Lai
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata para pegawai dan pakar pencarian akan terus menganalisis kesemua data yang ada untuk mencari pesawat MH370.

Laporan ATSB: Waris harap pencarian MH370 diteruskan di kawasan baharu
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian semasa, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat.

MH370 mungkin tidak berada di kawasan pencarian - ATSB
ATSB yakin kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi yang dikenal pasti sebagai kawasan pencarian sebelum ini, bukan merupakan tempat terletaknya bangkai pesawat MH370.

MH370 dalam 'kelajuan menjunam yang meningkat' sebelum hilang - Laporan
Laporan setebal 28 muka surat yang dikeluarkan hari ini turut mengemukakan simulasi dan arah pesawat terbaharu.

MH370: Malaysia terima keputusan ATSB lanjutkan tempoh pencarian
Malaysia menerima keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang memutuskan untuk melanjutkan tempoh pencarian pesawat malang itu selama dua bulan lagi.

MH370: Dua serpihan tiba di Australia untuk dianalisis
Dua serpihan yang ditemui di Mozambique telah tiba di Australia bagi proses analisis oleh pakar-pakar.

Australia nafi imej "kategori 3" dirakam sonar ada kaitan MH370
Pihak berkuasa Australia menafikan laporan berita yang mendakwa imej dirakam sonar yang berbentuk seperti kotak di dasar Lautan Hindi kemungkinan besar daripada pesawat MH370 yang hilang.

Australia sahkan, model hanyutan MH370 awal beri petunjuk salah
Model awal yang dibuat berdasarkan pergerakan arus mengenai kemungkinan serpihan pesawat MH370 akan dihanyutkan telah salah mengenal pasti Indonesia sebagai lokasinya.

MH370: Penemuan beg mungkin tiada kaitan - ATSB
Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berpandangan penemuan beg di Pulau Reunion tiada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.