SEBANYAK 34 buah sekolah lagi di sekitar Pasir Gudang diarah tutup serta-merta susulan daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Pengumuman terbaharu ini menjadikan jumlah sekolah yang diarah tutup meingkat kepada 45 buah sekolah selepas semalam 11 buah sekolah yang berada dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta.
Menurut Dr Maszlee, guru-guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan semasa yang masih berbahaya.
“Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Pendidikan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan
“KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru, dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan selepas membuat tinjauan di kawasan terbabit pada Rabu.