Kes pencemaran di Pasir Gudang kali ini, sehingga menyebabkan ramai yang sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas, disifatkan sangat berbeza dengan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang berlaku pada Mac lalu.
Bahan cemar yang disyaki itu, menurut Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis, telah tersebar melalui proses pemeruapan.
Ia berlaku akibat cuaca panas, keadaan topografi di Pasir Gudang dan arus angin monsun Barat Daya yang bertiup dari Selatan, katanya pada satu sidang media selepas menghadiri taklimat insiden berkenaan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, hari ini.
BACA: Bencana Kim Kim: Kawasan tercemar sisa kimia dibersihkan
Isnaraissah berkata, bahan kimia yang ditemui susulan kejadian bencana Sungai Kim Kim telah dilupuskan sepenuhnya.
"Saya ingin maklumkan bahawa, semua sisa-sisa dari sungai berkenaan sudahpun diproses melalui insinerator pada 8 April lepas.
"Jadi, kita mahu kenal pasti dahulu. Kalau Sungai Kim Kim, kita dapat kenal pasti ‘ground zero’ pencemaran di mana dan bahan toksik dibuang di sungai dan mengalir, tetapi (pencemaran kali ini) masih dalam siasatan," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.
BACA: 30 buah kilang kimia bakal disiasat - MB Johor
Isnaraissah berkata, jenis bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang kali ini akan diketahui dalam masa dua hari.
Sementara itu, Dr Dzukefly menjelaskan, hasil ujian klinikal terhadap mangsa mendapati tahap toksik di dalam badan mangsa tidak tinggi seperti sebelum ini.
Ujarnya, bahan kimia bersifat sementara itu akan dikumuh keluar dari badan dalam tempoh lima jam selepas mangsa terdedah kepada bahan berkenaan.
"Dari sudut klinikal, ia bukan berada di tahap toksik yang tinggi," katanya, membandingkan dengan kes pencemaran di Sungai Kim Kim yang menyaksikan mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital.
Bagaimanapun pihaknya akan menyiasat jenis toksik berkenaan sebelum diumumkan hasilnya.
BACA: Tujuh lagi sekolah di Pasir Gudang terjejas, tapak pelupusan dan sungai dipantau
Sementara itu, Dr Sahruddin berkata, sehingga pukul 3.00 petang ini, 75 individu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan daripada jumlah itu, empat pesakit masih menerima rawatan di wad biasa HSI.
Tiga pesakit itu berusia bawah 12 tahun manakala seorang sahaja berusia 30an.
Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri turut mencadangkan semua institusi pendidikan di kawasan Pasir Gudang ditutup mulai esok sehingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.
BACA: Pencemaran bahan kimia berulang amat dikesali - MB Johor
Bagaimanapun, keputusan menutup semua institusi pendidikan hanya akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir malam ini.
Setakat Ahad, 16 sekolah, satu politeknik dan 69 tadika di bawah Kementerian Pendidikan diarah tutup dari Ahad sehingga Khamis ini.
Ini tidak termasuk Sekolah Agama Taman Mawar dan sembilan tabika perpaduan.
Fareez Azman
Mon Jun 24 2019

Beberapa murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort yang terjejas akibat pencemaran udara dimandikan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.

Kebocoran bahan kimia dari pangkalan udara AS di Jepun cetus kebimbangan awam
Sekitar 47,000 liter air yang tercemar dengan bahan PFAS melimpah dari Pangkalan Udara AS Yokota di barat Tokyo semasa hujan lebat pada Ogos.

EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia
Majlis Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin meluluskan pakej ke-14 langkah sekatan ekonomi dan individu terhadap Rusia.

Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.

Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.

Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.

Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.

Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia
Wakil premis iaitu seorang lelaki berumur lewat 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.

Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar
Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan cecair mudah terbakar.