Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33, ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.
Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (Pas) cawangan Selangor ditahan selepas memberi ceramah di sebuah masjid di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.
"Tadi saya mengajar kelas hadith hukum selepas Maghrib hingga 9.00 malam. Mereka (Jais) merekod segala ceramah saya tadi dan selepas ditahan saya dibebaskan atas jamin mulut (jaminan polis) daripada kawan saya.
"Saya perlu ke Ibu Pejabat Jais pada 23 Februari untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI tadi.
Wan Ji sebelum ini pernah didakwa menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.
Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Mariah Ahmad
Thu Feb 19 2015
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33 ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (3 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Syria: Iran akan melakukan apa sahaja demi mewujudkan keamanan
Iran akan melakukan apa sahaja dalam usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan bagi menjamin keselamatan dan integriti wilayah semua negara.
Konflik Syria: AS akan berusaha tamatkan konflik demi kepentingan orang awam
Amerika Syarikat akan berusaha melakukan proses rundingan secara politik dalam usaha menamatkan perang saudara yang berlaku di Syria ketika ini.
Blinken akan bertemu Dermer dalam usaha realisasi gencatan senjata
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Strategik Israel Ron Dermer sebagai usaha merealisasikan gencatan senjata di Gaza.
36 korban baharu, angka kematian meningkat kepada 44,502
36 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam operasi ketenteraan berterusan rejim Zionis di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lepas.
Bali Nine: Pemindahan lima banduan ke Australia diharap dapat diselesai segera
Rundingan penghantaran pulang baki lima ahli kumpulan penyeludupan dadah Bali Nine ke Australia masih memerlukan banyak perkara yang diteliti, kata Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Indonesia, Yusril Ihza Mahendra.
Jendela: Fasa1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 - Fahmi
Sistem dan proses yang digunakan dalam Jendela Fasa 1 perlu dirombak sepenuhnya sebelum pelaksanaan Fasa 2 Program Jendela yang dijangka melibatkan antara 2,500 hingga 3,000 tapak di seluruh negara.
Pelayaran ke selatan Perancis adalah percutian peribadi- Najib
Beliau berkata, selain keluarganya, Tan Sri Bustari Yusuf dan anak-anaknya turut menyertai percutian peribadi itu.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahwa beliau secara konsisten menyokong TIA kekal berada di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Masidi beri keterangan secara sukarela di SPRM
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun telah memberi keterangan secara sukarela di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu pada Selasa berhubung dakwaan video tular memaparkan perbualannya dengan seorang individu berkaitan dana RM300,000.
Kempen, propaganda parti mesti di luar kawasan masjid - JAIS
Semua bentuk bahan kempen atau propaganda hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis atau kawasan pagar masjid dan surau.
Selangor larang program umat Islam diadakan di rumah ibadat lain
Peraturan sudah menetapkan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain, selain agama Islam dilarang sama sekali.
Selepas digertak dengan notis saman, individu fitnah Puteri Sarah tampil mohon maaf
Pelakon Puteri Sarah sudah menerima permohonan maaf terbuka daripada individu yang menabur fitnah berkenaan dirinya di media sosial baru-baru ini.
JAIS tidak halang penganjuran Bon Odori
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri program Bon Odori, yang dijadual pada 16 Julai depan.
Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.
Suami isteri pengusaha pusat tahfiz ditahan, pelajar dakwa didera
Laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu membawa pada siasatan yang mendapati pusat tahfiz di Ampang, Selangor itu beroperasi secara haram.
Ucapan kalimah murtad: "Bukan mainan dibibir, dilaknat dalam Islam" - JAIS
Implikasi penggucapan kalimah murtad bukan sahaja memberi kesan kepada individu penutur malah memberi kesan besar kepada kepentingan umat Islam, agama dan negara.
Sultan Selangor dukacita dengan sikap tidak berhati-hati keluarkan kata-kata jejas akidah
Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata.
JAIS tahan 4 individu terlibat ajaran meragukan
JAIS menahan empat individu terdiri daripada dua lelaki dan wanita, serta menyita beberapa bahan bukti dari premis dan individu terlibat di sekitar Hulu Langat malam tadi.