Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada semua parti politik di negara ini, khususnya parti pembangkang untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Beliau, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis telah mengenal pasti individu atau kumpulan tertentu yang telah merancang untuk melakukan provokasi yang boleh menyebabkan huru-hara sewaktu tempoh berkempen nanti.
Menggelarkan tindakan itu sebagai ‘surprised last-minute attack’ atau SLMA, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan dengan menahan mereka yang terlibat dalam tempoh kurang daripada 24 jam.
“Kami telah kenal individu yang mahu lakukannya, kami telah kenal blog mana yang akan tularkannya, dan kita dah kenal pasti isu-isu yang punyai potensi untuk menjadi 'last minute bomb shelf'.
“Ini bukan amaran... ini tindakan pasti akan sampai jika ada mana-mana individu atau organisasi yang cuba lancarkan 'surprised last-minute attack'. Kerana di dalam PRU yang lalu, kononnya ada 40,000 rakyat Bangladesh (diterbangkan) dari sana untuk jadi pengundi hantu.
"Tetapi jelas, tidak ada pun satu jumbo jet yang turun di mana-mana lapangan terbang, dan tidak ada seorang pun pengundi hantu dari Bangladesh yang mengundi,” katanya ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat pengurusan tertinggi PDRM awal hari ini telah memutuskan agar elaun pegawai dan anggota yang bakal bertugas sewaktu PRU14 nanti dibayar lebih awal pada kadar 50 peratus.
Baki 50 peratus lagi, tambahnya, perlu dibayar dalam tempoh secepat mungkin sejurus selepas tugasan sewaktu pilihan raya umum tamat nanti.
Menganggap ucapannya itu sebagai ‘wasiat terakhir’ Menteri KDN untuk warga PDRM sebelum parlimen dibubarkan nanti, beliau turut mengumumkan agar kenaikan pangkat anggota dijalankan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
“Saya dah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian (Dalam Negeri) untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, tidak seorang pun tertinggal kenaikan pangkat mengikut garis masa.
”Flexible-post (jawatan fleksibel) juga perlu diwujudkan supaya mana-mana pegawai, baik di formasi, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di Ibu Pejabat Polis Negeri, di balai-balai yang terlepas pandang, jangan lagi terlepas pandang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Mar 20 2018
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Program Turun Padang bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Tiba masa buka lembaran baharu di Lubnan - PM Nawaf
Jelasnya ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), merangkumi beberapa perkara termasuk gencatan senjata dan memastikan pengunduran penuh Israel dari setiap inci wilayah Lubnan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague mengumumkan pada Selasa bahawa presidennya, hakim Nawaf Salam telah meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Lubnan.
Terengganu perlu lebih RM2.4 bilion atasi masalah hakisan pantai
Jumlah itu anggaran kasar dengan mengambil kira kos pembinaan yang menelan belanja antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk satu kilometer.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.