Dalam usaha untuk mencapai kualiti hidup dan pembangunan ekonomi yang lebih tinggi, tidak dapat dinafikan pendidikan adalah penyumbang penting ke arah itu, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan.
Beliau berkata untuk membangunkan modal insan negara, pendidikan holistik yang termasuk mendedahkan pelajar kepada kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, amalan komunikasi yang baik dan tanggungjawab sosial adalah asas bagi graduan yang relevan kepada industri dibangunkan.
"Pendidikan holistik menyokong peluang siswazah mendapat kerja. Pengambilan siswazah bekerja adalah satu daripada istilah paling biasa didengar dalam bidang pendidikan.
"Memastikan graduan rakyat Malaysia mendapat pekerjaan adalah perkara utama yang diusahakan oleh kerajaan selama beberapa tahun," kata beliau dalam ucaptama pada Majlis konvokesyen Advance Tertiary College (ATC) ke-25 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, pada Selasa.
Kamalanathan berkata bagi memastikan bekalan modal insan berkualiti yang konsisten dan bakat ke arah status negara maju menjelang 2020, jurang antara keperluan industri dan peluang-peluang akademik perlu ditangani.
Sejumlah 34 pelajar ATC yang memperoleh Ijazah Kelas 2 Atas (Kepujian) dalam program Undang-Undang, jumlah paling ramai untuk mana-mana institusi tunggal di seluruh dunia.
Pencapaian pelajar ATC juga mendapat pengiktirafan University of London.
Turut hadir ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Naib Presiden Badan Peguam Malaysia Steven Thiru.
Bernama
Wed Jan 14 2015
KAMALANATHAN: Jurang antara keperluan industri dan peluang-peluang akademik perlu ditangani bagi memastikan bekalan modal insan berkualiti konsisten dan bakat ke arah status negara maju pada 2020. - Foto Fail
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan perlu perancangan holistik - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penglibatan wanita dalam menduduki jawatan tinggi sektor awam telah melebihi sasaran 30 peratus.
Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.
Pentaksiran pendekatan terbaik bantu perkembangan pelajar secara holistik berbanding UPSR - Pakar
Pentaksiran itu memberi penekanan merangkumi pelbagai aspek termasuk jasmani, rohani dan intelek berbanding pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik.
Malaysia tidak beri kewarganegaraan dengan mudah - KDN
Hamzah berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.
Rangka tindakan ekonomi Islam ambil kira beberapa pelan jangka panjang negara
Pembentukan rangka kerja ekonomi Islam dengan mengambil kira beberapa pelan jangka panjang negara, akan bersifat holistik melalui penerapan nilai ekonomi Islam.
Maszlee ulangi pengiktirafan UEC akan dibuat tanpa jejas Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu.
Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) terima keputusan PT3 secara taksiran holistik
Sambil menyokong pelaksanaan pentaksiran itu, pengetua sekolah berkata ia juga membantu seseorang pelajar untuk mempersiapkan diri dengan seimbang dalam semua aspek.
Malaysia berada di landasan untuk muncul sebagai hab halal global menjelang 2020
Menurutnya, negara ini kekal peneraju industri halal dunia kerana ia merangkumi sektor kewangan Islam, farmasutikal, logistik dan pelancongan, selain segmen makanan dan minuman.
Mahasiswa perlu cabar diri jadi graduan holistik - Mary Yap
Mahasiswa perlu mencabar diri menjadi graduan holistik dan tidak hanya menumpukan kepada kecemerlangan dalam akademik semata-mata.