Pendidikan komprehensif mengenai HIV/AIDS patut diperkenalkan di sekolah untuk memberi pengetahuan yang boleh mendorong kepada perubahan tingkah laku sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan penularan wabak itu.
Ketika membuat saranan itu, penulis dan aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkata pendidikan memain peranan penting dalam mengurangkan stigma, prejudis dan diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan HIV.
Katanya, pendidikan berkesan mengenai HIV/AIDS boleh membantu mencegah jangkitan baharu melalui pengetahuan yang diberi kepada individu untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti virus penyakit itu.
"Saya menganjurkan pendidikan mengenai HIV/AIDS sejak saya menjadi presiden Majlis AIDS Malaysia lagi.
"Ketiadaan pendidikan membawa kepada kebimbangan dan memberi stigma kepada mereka yang menghidap HIV dan keadaan ini diburukkan lagi oleh ketidakfahaman dan tersalah maklumat," kata Marina ketika menyampaikan ucapan dalam Siri Syarahan Kepimpinan U-SchoS (ULLS) 2014 di Kuala Lumpur, Sabtu.
Acara itu dihoskan UCSI Scholars' Club (U-SchoS), kelab yang ditubuhkan penerima biasiswa di UCSI University.
Terdahulu, Marina berkongsi pengalaman dan cabaran yang beliau hadapi ketika memimpin pertubuhan bukan kerajaan bersama 500 palajar daripada 28 universiti dan kolej pada siri syarahan itu.
Beliau berkata pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seseorang pemimpin kerana pemimpin bertanggungjawab menjadikan sesuatu wawasan sebagai kenyataan, terutama berkaitan respons terhadap HIV/AIDS.
Bernama
Sun Jun 01 2014

Datin Paduka Marina Mahathir

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Jangan berhenti perangi stigma dan diskriminasi terhadap AIDS/HIV
Atas sebab itu, katanya, beliau komited dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat, terutamanya kepentingan dalam mendapatkan rawatan saringan awal mengenai penyakit itu.

Wanita kendali pesawat ke Jeddah: 'Bagus tapi ironik' - Netizen
Sedikit ironik apabila wanita menerbangkan pesawat itu ke sebuah negara di mana wanita tidak dibenarkan memandu kereta.

Pendidikan komprehensif HIV/AIDS perlu diperkenal di sekolah - Marina
Pendidikan komprehensif mengenai HIV/AIDS patut diperkenalkan di sekolah untuk memberi pengetahuan.