Proses penyelenggaraan dan pemindahan tanah perkuburan lama di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai apabila mendakwa proses berkenaan tidak dilakukan dengan sempurna hingga menyebabkan banyak batu nisan berselerak.
Tanah perkuburan Islam yang menempatkan lebih 200 kubur itu dikenali sebagai Langgar Burok dan dipercayai wujud sejak lebih 700 tahun lalu. Ia turut menempatkan banyak makam kerabat diraja, pembesar dan ulama Islam.
Difahamkan, proses perataan tanah seluas kira-kira 0.57 hektar itu dibuat kerana berpotensi untuk dimajukan dan tanah perkuburan itu tidak sesuai lagi digunakan semula kerana berada di zon ekonomi dan di tengah pusat bandar.
Generasi ke-10 seorang pembesar Kelantan, Nik Mohd Nasir Nik Harun, berkata makam moyangnya, Long Bahar berada di tanah perkuburan itu bersama tiga lagi tokoh lain iaitu Raja Pah, Long Deraman, serta seorang ulama dari Acheh.
Menurutnya, keluarganya bersedia menyediakan tapak baharu untuk pemindahan makam moyangnya, namun berharap agar ia dilakukan mengikut adat dan kaedah yang ditetapkan oleh Islam.
“Saya ni kalau ikut tu, generasi ke-10 lebih, tapi kita masih berpegang lagi.. bab makam Raja Long Ghaffar di Limbat pun kita caranya.
“Ikut pada perbincangan semalam, kita boleh menyediakan tempat. (Cara) pengurusan jenazah tu, bawa pergi belindan dulu, selepas itu barulah pindah jenazah. Uruskan dengan adat dan adab yang betul,” katanya.
Difahamkan, kubur di kawasan itu dipindahkan ke beberapa tanah perkuburan di sekitar Kota Bharu namun tidak dapat dipastikan sama ada perpindahan itu membabitkan kesemua 200 kubur itu atau tidak.
Sementara itu, Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Kelantan, Che Ibrahim Muhammad, berkata proses pengambilalihan tanah perkuburan lama itu tidak mengambil kira sentimen umat Islam.
“Apa yang kita rasa terkilan adalah, proses istibdal ini dibuat dalam suasana tidak mengambil kira sentimen masyarakat.
“Walaupun mungkin pada pandangan pemaju, batu-batu nisan yang kita lihat bertaburan itu tidak ada nilai komersial dan tidak boleh memberi apa-apa sumbangan kepada pembangunan ekonomi, tetapi dari sudut sensitiviti masyarakat Islam, jiwa mereka tentunya akan terusik dan agak sedih melihat kubur yang sudah berusia ratusan tahun diselongkar dan dimusnahkan semata-mata untuk tujuan pembangunan,” ujarnya.
Beliau juga berharap agar tanah perkuburan lama itu dikekalkan dan dijadikan khazanah warisan negeri, memandangkan ia menempatkan banyak kubur tokoh-tokoh penting dalam sejarah Kelantan kuno.
Muhafandi Muhamad
Sun Dec 09 2018
Keadaan batu nisan di tanah perkuburan lama Jalan Gajah Mati yang berselerak ketika kerja-kerja pemindahan dilakukan. - Astro AWANI
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Penduduk kesal kubur lama dipindah tanpa tertib, batu nisan berselerak
Tanah perkuburan Islam yang menempatkan lebih 200 kubur itu dikenali sebagai Langgar Burok dan dipercayai wujud sejak lebih 700 tahun lalu.