Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar.
“Kita percaya kes ini bukan kes culik, its not kidnaping for ransom sebagaimana di Filipina, tetapi dipercayai mungkin bermula dari pengaduhan agama di Rohingya, Myanmar, dibawa ke sini, jadi pembunuhan itu berlaku. Mungkin kerana pembunuhan dendam agama, pembalahan agama, penkelahian agama," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, pengecaman mayat tersebut dilakukan oleh rakan mangsa berdasarkan kesan tatu di badan mangsa, manakala dua lagi mayat masih lagi dalam pemeriksaan forensik.
Ab Rahman berkata, siasatan awal polis mensyaki penemuan empat mayat tersebut mempunyai kaitan dengan kes culik melibatkan empat warga Myanmar di kawasan pembinaan Tunjung yang berlaku pada 25 Oktober lalu.
“Dipercayai (mangsa) empat lelaki dan warganegara mereka kita percayai Myanmar. Kes ini ada kaitan dengan kes culik yang telah dilaporkan berlaku di Kota Bharu, oleh penyelia dia (mangsa), yang mengatakan empat pekerja Myanmar telah diculik oleh sembilan lelaki bertopeng, disyaki warganegara Indonesia. Siasatan awal kita percaya, dua dari yang diculik dan telah dikenalpasti sebagai mangsa pembunuhan. Disahkan setelah dicam oleh rakan dia berdasarkan tatu,” katanya lagi.
Polis Kelantan kata Ab Rahman telah meminta bantuan dari pihak polis Bukit Aman bagi membantu siasatan kes ini kerana ia melibatkan keselamatan pekerja Myanmar yang berada di negara ini.
Ab Rahman berkata demkian dalam sidang media selepas mengumumkan kejayaan polis Kelantan menumpaskan "geng minyak' yang disyaki terlibat dalam lapan kes samun, tiga daripadanya melibatkan stesen minyak di ibu pejabat kontijen polis IPK Kelantan siang tadi.
Muhafandi Muhamad
Mon Oct 31 2016

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata, pihaknya percaya kejadian pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan konflik agama di Myanmar. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis siasat majlis istiadat anugerah gelaran 'Datuan'
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selepas menerima tiga laporan polis pada 26 Mac lepas mendakwa wujud perkara mencurigakan ketika majlis penganugerahan tersebut.

Strok haba disyaki punca kematian dua remaja yang ditemui dalam kereta
Laporan awal bedah siasat ke atas mayat dua remaja lelaki ditemui dalam sebuah kereta di sini semalam percaya mereka meninggal dunia disebabkan 'strok haba'.

Penemuan empat mayat dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di Myanmar
Polis Kelantan mengesahkan dua daripada empat mayat yang ditemui di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam petang Ahad, adalah warga Myanmar.

Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto
Mangsa, Anisah Ali, 54, meninggal dunia pada pukul 11.15 malam akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.