Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan berhampiran Jalan Batu Gantung di sini dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang wanita warga Australia Anna Jenkins pada 2017.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong berkata, objek terbabit ditemui seorang lelaki yang sedang melakukan kerja landskap menanam pokok di kawasan hutan berhampiran pada kira-kira 4 petang, 24 Jun lepas.
"Pengadu telah ternampak longgokan baju yang telah lama ditinggalkan dan pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap longgokan baju tersebut serta menjumpai seketul tulang, tidak pasti tulang manusia atau haiwan.
"Pada keesokan harinya, pengadu telah membawa tulang beserta longgokan baju itu ke Balai Polis Kampung Baru untuk membuat laporan polis," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Suffian berkata hasil bedah siasat yang telah dijalankan ke atas objek tersebut mendapati ia adalah tulang manusia.
"Pihak polis sedang menunggu pihak kedutaan untuk menyerahkan sampel DNA ahli keluarga orang hilang tersebut kepada pihak polis bagi ujian perbandingan DNA yang bertujuan mendapatkan identiti sebenar pemilik tulang yang dijumpai itu," katanya.
Beliau juga berkata polis tidak pernah menghentikan siasatan kes Anna Jenkins dan sebarang petunjuk yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin bagi merungkai misteri kehilangan wanita itu.
Suffian berkata demikian semasa mengulas laporan sebuah portal berita tempatan yang mendakwa mayat wanita itu telah dijumpai.
Pada 13 Dis 2017, Jenkins, 65, dikatakan keluar dari bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja memesan perkhidmatan Uber untuk ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.
Wanita itu telah meminta pemandu Uber menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkan mangsa berhampiran sebuah sekolah.
Sejak itu dia dilaporkan hilang dan laporan polis telah dibuat oleh suaminya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 06 2020
Polis tidak pernah menghentikan siasatan kes Anna Jenkins dan sebarang petunjuk yang diperoleh akan digunakan sebaik mungkin bagi merungkai misteri kehilangan wanita itu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan
Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.
Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins
Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang warga Australia.