Penerbangan sebuah pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dengan membawa 37 penumpang dan anak kapal tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom sebelum berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Syarikat itu, dalam satu kenyataan, berkata kapten penerbangan dimaklumkan mengenai kemungkinan ancaman bom semasa menaiki pesawat dan sebagai prosedur operasi standard, syarikat penerbangan itu memaklumkan menara kawalan dan pihak berkuasa.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Raja Saadi Raja Amrin berkata pesawat itu yang dijadual berlepas ke Pulau Pinang pada 3.40 petang, telah dibawa ke satu kawasan terpencil untuk menurunkan penumpang dengan selamat dan mereka dikuarantin sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan.
"Unit Pemusnah Bom menjalankan usaha mencari secara menyeluruh dalam pesawat dan bagasi penumpang dan memberi pelepasan bahawa pesawat itu selamat," kata Raja Sa'adi dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata penumpang termasuk seorang bayi dihidangkan makanan dan mereka dipindahkan untuk menaiki pesawat lain yang berlepas ke Pulau Pinang pada 9.30 malam.
Sambil memberi jaminan bahawa keadaan itu ditangani secara profesional, Malindo Air menegaskan bahawa syarikat itu memandang serius ancaman ke atas keselamatan penumpang.
Di SUBANG, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata, penerbangan pesawat itu terpaksa ditangguhkan selepas seorang penumpang lelaki mengeluarkan perkataan 'bom' kepada petugas Malindo Air semasa proses pemeriksaan pas pelepasan.
"Semasa pemeriksaan, lelaki itu menunjukkan pas pelepasan sambil mengatakan "kenapa nak periksa sekali lagi, bukan ada bom pun".
"Ketika itu, petugas penerbangan itu tidak berbuat apa-apa malah hanya memaklumkan insiden itu kepada pegawai atasan beberapa minit sebelum penerbangan," katanya kepada pemberita di Balai Pelepasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, hari ini.
Beliau berkata, juruterbang pesawat berkenaan kemudian memaklumkan maklumat itu kepada pusat kawalan sebelum menangguhkan penerbangan itu.
Azmi berkata kemungkinan lelaki itu tidak sedar perkataan 'bom' adalah satu perkataan yang sangat sensitif dalam industri penerbangan yang melibatkan keselamatan penumpang serta anak kapal.
"Sejurus menerima maklumat itu, Unit Anjing (K9) dan Unit Bom telah tiba dan menjalankan pemeriksaaan dalam pesawat berkenaan, namun tidak menemui apa-apa.
"Pegawai Malindo berkenaan juga diminta untuk mengecam penumpang yang berkata bom, namun beliau gagal mengecam. Dia tak ingat," katanya.
Walaupun begitu, pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, katanya.
Bernama
Wed Aug 27 2014
Penerbangan pesawat Malindo Air tergendala angkara ancaman bom
AWANI Ringkas: Gunung Ibu di Indonesia meletus
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
#AWANIRingkas 14 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 November 2024
1️⃣ Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina
2️⃣ SPRM tahan reman seorang lagi pengarah syarikat
3️⃣ Gunung Ibu di Indonesia meletus
#awaniringkas
1️⃣ Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina
2️⃣ SPRM tahan reman seorang lagi pengarah syarikat
3️⃣ Gunung Ibu di Indonesia meletus
#awaniringkas
Malaysia alami pertumbuhan penduduk lebih perlahan pada suku ketiga 2024 - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku ketiga 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku ketiga 2023 iaitu sebanyak 33.6 juta dengan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus.
Dialog Tiga Penjuru: Buli… Tidak Berperikemanusiaan!
Latihan, gurauan mahupun tradisi ‘junior-senior’, bagaimana nak bezakan sebarang aktiviti yang boleh menjurus kepada buli?
Lindungi mangsa buli, amaran kepada pembuli dan mereka yang bersubahat, penguatkuasaan undang-undang masih lemah?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Lindungi mangsa buli, amaran kepada pembuli dan mereka yang bersubahat, penguatkuasaan undang-undang masih lemah?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih l
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE
Dalam lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), antara perkara yang dibincangkan termasuklah berkaitan pengurusan bencana.
Ketika Pertemuan Ahmad Zahid dengan Menteri Tenaga Dan Infrastruktur UAE, Mohamed Al Mazrouei, kedua-dua pemimpin bersetuju peluang kerjasama wajar diterokai antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis Dan Bencana Nasional (NCEMA) UAE.
Ikuti perincian Nazri Kahar dan jurukamera Mohd Rozi yang kini berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Ketika Pertemuan Ahmad Zahid dengan Menteri Tenaga Dan Infrastruktur UAE, Mohamed Al Mazrouei, kedua-dua pemimpin bersetuju peluang kerjasama wajar diterokai antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis Dan Bencana Nasional (NCEMA) UAE.
Ikuti perincian Nazri Kahar dan jurukamera Mohd Rozi yang kini berada di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Hari pertama lawatan PM ke Peru, beberapa perkara penting dicapai
Editor Multiplatform Astro AWANI, Harits Asyraf Hasnan bawakan perkembangan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lim Peru.
Ada 19 ekor kucing, Rafizi faham kos perbelanjaan haiwan peliharaan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata meskipun haiwan peliharaan secara spesifik tidak ada dalam wajaran sekarang, namun perkara tersebut sudah diambil kira dalam Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.