Kerajaan memberi jaminan rakyat akan menikmati manfaat hasil penurunan harga bahan api berdasarkan formula menang-menang susulan penetapan harga runcit minyak petrol dan diesel.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan juga akan berusaha memastikan rakyat tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak di masa akan datang.
Oleh itu, katanya, kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
"Kerajaan berhasrat memastikan pengguna mendapat faedah dan nikmat daripada penurunan harga minyak, kerana itulah sebabnya jemaah menteri buat keputsan harga runcit secara mingguan.
"Sungguhpun kita tukar kepada mekanisme mingguan, apabila harga minyak naik kita akan hadkan kepada harga RM2.20 utk RON95, dan RM2.18 sen diesel.
"Jadi formulanya menang- menang. Bila harga minyak turun dapat manfaat, bila minyak naik dia akan hadkan kepada RM2.20. Yang lebih akan ditanggung kerajaan melalui pemberian subsidi minyak," kata Guan Eng.
Katanya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat jelas dan faham dengan usaha kerajaan dalam mencari penyelesaian dan kaedah terbaik berhubung harga minyak diesel dan petrol.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pameran kewangan Bursa Malaysia Market Place Fair di Bayan Baru, pada Sabtu.
Pada Jumaat, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter, diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 5 Januari hingga 11 Januari depan.
Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).
Astro Awani
Sat Jan 05 2019
Guan Eng berkata kerajaan juga akan berusaha memastikan rakyat tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak di masa akan datang. -Gambar fail
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Okt ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Okt ini.
Harga runcit RON97 dan diesel turun lagi 6 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Harga RON97, diesel turun 2 sen
Harga runcit petrol RON97, dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Sept.
SPRM tahan pengarah agensi penguat kuasa disyaki lindungi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi
Lelaki itu ditahan petang tadi bagi dirakam keterangan di Pejabat SPRM Sarawak dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM berserta seorang penjamin.