Pengalaman sebanyak tiga kali menyaksikan fenomena Gerhana Matahari dengan matanya sendiri sebelum ini, sudah cukup untuk menginsafkan Pegawai Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Sarawak, Ustaz Mohamad Mokarat terhadap kebesaran Illahi.
Mohamad, 57 tahun, berkata perasaannya sungguh syahdu sewaktu melihat gerhana matahari di mana kita dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Esa.
"Pengalaman pertama saya melihat sendiri gerhana matahari ialah sewaktu di Kudat, Sabah pada tahun 1995. Masih terbayang dalam ingatan betapa indahnya pemandangan yang amat jarang dilihat serta timbul rasa keinsafan dalam diri.
"Kali kedua saya berpeluang untuk melihat sendiri ialah pada 1998 di Bintulu. Ketika itu berlakunya fenomena Gerhana Matahari Penuh," katanya kepada Bernama ketika ditemui lokasi pencerapan Gerhana Matahari Anulus (cincin) di Dataran Piazza di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ustaz Mohamad yang telah lebih 21 tahun berkhidmat di Jabatan Mufti itu berkata pengalaman kali ketiganya menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Penuh agak istimewa kerana ia berlaku di Palembang, Indonesia.
"Sewaktu kejadian itu, keadaan alam tiba-tiba gelap dan sungguh sunyi untuk beberapa minit dan hanya kedengaran kicauan burung.
"Ketika itulah kita dapat rasa bahawa Allah SWT ingin menunjukkan kebesaran-Nya kepada manusia agar sentiasa mengingati kepada yang Maha Pencipta," katanya.
Sementara itu, fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) akan dapat disaksikan pada petang ini di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching.
Gerhana tersebut berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari tetapi disebabkan pada ketika itu, bulan berada agak jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.
Selain Serian, Tanjung Piai di Johor turut bakal mengalami fenomena Gerhana Matahari Anulus pada petang ini.
Kali terakhir Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi di negara kita adalah 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.
Bernama
Thu Dec 26 2019

Ketua Penolong Kanan Planetarium Negara Zulhibabullah Ismail (kanan) dan Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia Mohammad Redzuan Tahar melakukan persiapan terakhir aktiviti pencerapan fenomena Gerhana Matahari Anulus di Serian. --fotoBERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Umat Islam tunai solat sunat Kusuuf, mohon keampunan Allah
Umat Islam di seluruh negara menunaikan solat sunat gerhana atau solat sunat Kusuuf di masjid dan surau berikutan fenomena gerhana matahari Anulus (cincin) yang berlaku di Malaysia hari ini.

Pengalaman saksikan gerhana matahari cukup menginsafkan diri - Ustaz Mohamad
Kali terakhir Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi di negara kita adalah 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.