Seorang penjaga tokong pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melihat tertuduh yang didakwa membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, menembak Hussain berkali-kali sehingga mangsa rebah.
Lim Sok Yee, 37, berkata sebelum itu, dia juga melihat tertuduh, Koong Swee Kwan, 45, menembak isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 49.
"Ketika itu, Hussain dan isterinya sedang menuju ke tempat letak kereta, sebelum tertuduh berlari mengejar mereka dari belakang dan menembak isteri Hussain terlebih dahulu sehingga jatuh.
"Bila isterinya jatuh, Hussain berpusing ke belakang dan dia terus ditembak dari belakang. Bila Hussain jatuh, saya nampak dia (tertuduh) buat sesuatu pada pistolnya, kemudian dia lepaskan beberapa das lagi tembakan," katanya, yang mendengar sebanyak lima das tembakan.
Lim berkata demikian semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari pertama, kes terhadap Koong yang didakwa membunuh Hussain di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin, No.4 Lorong Ceylon, di sini, 29 Julai tahun lepas.
Terdahulu, Lim yang juga saksi pendakwa keempat, memberitahu mahkamah bahawa Hussain dan isterinya datang ke tokong itu untuk berbincang dengan seorang individu yang dikenali sebagai Datuk Richard Morrais bagi urusan perjanjian hartanah.
Lim berkata dalam perbincangan yang turut dihadiri kakak dan dirinya, Richard ada meminta pihak tokong memberi RM300,000 kepada dua individu lain yang dikenali Lim Sok Ling dan Lim Soh Cheng, tetapi Hussain membantah kerana wang itu adalah wang tokong.
"Hussain hanya datang (ke tokong pada hari itu) untuk menyelesaikan masalah," katanya, yang turut memaklumkan mahkamah, perbincangan bermula 1.05 tengah hari dan berakhir 30 minit kemudian.
Lim berkata semasa perbincangan itu, dia melihat seorang individu mundar-mandir di perkarangan tempat letak kereta.
"Saya melihat seorang lelaki memakai kemeja berkotak, berseluar panjang, bertopi serta memakai cermin mata. Dia berulang-alik dan asyik memandang ke dalam tokong.
"Saya rasa sangat pelik kenapa orang itu intai begitu lama," katanya.
Menjawab soalan Wan Shaharuddin, sama ada lelaki yang mundar-mandir di tempat letak kereta itu adalah lelaki sama yang menembak Hussain, Lim menjawab 'ya'.
Sementara itu, saksi kedua, Pakar Perubatan Forensik Dr Nurul Kharmila Abdullah, 36, memberitahu mahkamah bahawa punca kematian Hussain adalah disebabkan luka tembakan berganda di bahagian dada.
Dr Nurul Kharmila, daripada Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, berkata hasil itu diperoleh daripada laporan bedah siasat yang dijalankannya terhadap mangsa pada 30 Julai, 2013.
Katanya, daripada pemeriksaan luaran yang dilakukan terhadap mangsa, beliau mendapati terdapat tiga kesan tembakan yang masuk dari arah belakang badan mangsa dan empat tembakan masuk dari arah depan.
"Pemeriksaan dalaman mendapati organ dalaman yang tercedera adalah jantung dan saluran darah utama (Aorta). Luka tembus dan keluar (tembakan) ini menyebabkan kecederaan parah pada jantung," katanya, yang turut memaklumkan kecederaan pada Aorta mempercepatkan proses kematian mangsa.
Ketika ditanya Wan Shaharuddin sama ada terdapat kemungkinan mangsa dapat diselamatkan, saksi berkata dalam kes itu, kemungkinan mangsa dapat diselamatkan adalah sangat tipis kerana kecederaan pada jantung sangat serius.
"Walaupun mangsa sempat dibawa ke dewan bedah sekalipun, ia amat sukar untuk diselamatkan kerana jantung yang cedera itu hampir pecah," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin bersambung Selasa.
Bernama
Tue Jun 10 2014

pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi - Gambar Fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pembunuh pengasas AmBank kekal ke tali gantung
Hukuman gantung sampai mati terhadap pembunuh pengasas AmBank dikekalkan Mahkamah Persekutuan.

Penarik kereta dihukum mati bunuh pengasas Ambank
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam Datuk Michael K.L Chee, menjalani hukuman penjara tu bermula dari tarikh tangkap pada 22 Sept 2013.

Mahkamah Persekutuan ketepi sabitan dalam kes bunuh pengasas AmBank
Panel lima anggota sebulat suara membenarkan rayuan Koong Swee Kwan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula.

Kes bunuh pengasas AmBank: Nasib penarik kereta diketahui hari ini
Nasib seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan, yang didakwa membunuh Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isteri pengasas Kumpulan Perbankan AmBank itu tahun lepas, akan diketahui Jumaat.

Pengasas Ambank: Saksi nampak Hussain ditembak berkali-kali hingga rebah
Seorang penjaga tokong pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melihat tertuduh menembak Hussain berkali-kali sehingga mangsa rebah.