Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.
Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi ini setelah 15 hari menerima rawatan di hospital itu, menurut anak Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain.
"Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Kompleks Lincah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak selepas Zohor.
Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.
Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.
Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri.
Bernama
Sat Jun 20 2015

Allahyarham yang berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi ini setelah 15 hari menerima rawatan di hospital Tawakal, menurut anak Allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain. - Gambar Fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Allahyarham Zulkifli Zain seniman berprinsip - Eman Manan
Jenazah pelakon veteran Datuk Zulkifli Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ustaz Ismail Kamus
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.

Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni
Ingat lagi atau tidak iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak pada sambutan ulangan tahun Hari Kemerdekaan negara ke-41, pada 1998?

"Zaman dulu orang tak berapa pandang pelawak..." - Perkongsian Afdlin Shauki undang sebak
Doakan yang terbaik

Susilo rakam lagu buat arwah isterinya
Susilo Bambang Yudhoyono keluarkan sebuah video nyanyiannya sebagai penghormatan kepada Allahyarham isterinya, Kristiani Herawati atau lebih mesra disapa Ibu Ani Yudhoyono.

Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh, Pontian pukul 5.05 petang tadi.

BJ Habibie bapa teknologi penerbangan Indonesia
Pemergian Presiden Ketiga Republik Indonesia BJ Habibie meninggalkan legasi kejuruteraan pesawat di Indonesia.

Hina pemergian Adib, kakitangan Honda Sri Utama digantung
Honda kesan kakitangannya tinggal komen tidak sensitif terhadap kematian Muhammad Adib

Anak Allahyarham Sanusi syukur dapat tunai hasrat bapa
Anak Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan tengah hari bersama keluarga minggu lepas menjadi permintaan terakhir sebelum bapanya itu meninggal dunia pagi tadi.

Pengasas seni silat lincah, Omardin meninggal dunia
Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi ini, akibat komplikasi buah pinggang.