Keputusan menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu keputusan yang amat sukar kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini di sini.
Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.
"Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dan menggugurkan empat orang menteri dan seorang Timbalan Menteri serta melakukan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.
"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.
"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan," jelas Najib dalam ucapannya mengenai rombakan kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Najib berkata beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.
Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan dan negara, kata Najib.
Mariah Ahmad
Tue Jul 28 2015
Najib ketika berucap di rombakan kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di sini. - Foto Astro AWANI
AS tandatangan kontrak AS$33.1 bilion untuk pembangunan Pentagon
Amerika Syarikat menandatangani kontrak bernilai lebih AS$33.1 bilion untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi kepentingan Jabatan Pertahanan.
Belanjawan 2025: KWSP pekerja asing, apa kesan masa depan tenaga kerja Malaysia?
Cadangan kerajaan untuk mewajibkan pekerja asing mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini mencetuskan beberapa perdebatan. Adakah langkah ini menjaga kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia dan begaimana kesannya terhadap daya saing negara dalam menarik tenaga kerja asing? Ikuti kupasan mendalam di Pantau Belanjawan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
#AWANIRingkas 15 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 15 November 2024
1️⃣ 4.1% pelajar tak berjaya tamat pengajian di IPTA tahun lalu
2️⃣ Bedah siasat mayat ibu dibunuh anak masih berjalan
3️⃣ Israel lakukan jenayah perang di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ 4.1% pelajar tak berjaya tamat pengajian di IPTA tahun lalu
2️⃣ Bedah siasat mayat ibu dibunuh anak masih berjalan
3️⃣ Israel lakukan jenayah perang di Gaza
#awaniringkas
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4810/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4840/4870 pada Khamis.
Polis tumpaskan cubaan seludup orkid bernilai RM145,000
Pasukan PGA menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Pasir Mas.
Anwar gesa kerjasama pelbagai pihak agar tiada keciciran dalam era kemajuan digital pesat
Malaysia komited dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025, kata Perdana Menteri.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan minat belian baharu
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.