Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman yang bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.
Panel lima hakim yang disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum an hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.
Hakim Zulkefli yang mengetuai panel itu berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara sambil berkata walaupun penukaran agama adalah isu yang menimbulkan perbalahan, namun keputusan mahkamah tidak dipengaruhi oleh kepercayaan agama.
Hakim Zainun yang menyampaikan penghakiman mahkamah berkata persetujuan daripada Indira Gandhi dan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, (dahulu dikenali sebagi K. Pathmanathan) adalah diperlukan sebelum sijil penukaran agama kepada Islam dapat dikeluarkan kepada ketiga-tiga anak mereka.
Beliau berkata pendekatan membenarkan penukaran agama anak atas persetujuan hanya satu pihak akan menimbulkan persoalan yang sukar.
"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang kanak-kanak kerana ia mengenakan satu set undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza," kata beliau dan menambah adalah demi kepentingan kanak-kanak itu, persetujan dari kedua-dua ibu bapa harus diperoleh.
Zainun berkata pertimbangan utama mahkamah ialah untuk melindungi kebajikan kanak-kanak dan dengan berbuat demikian, mahkamah tidak membuat penghakiman berdasarkan prinsip kepercayaan mana-mana pasangan.
Beliau berkata oleh kerana hak penjagaan kanak-kanak itju diserahkan kepada Indira Gandhi, beliau-lah (Indira Gandhi) yang mempunyai pengaruh dominan dalam kehidupan ketiga-tiga anak mereka.
"Untuk membenarkan pasangan lain secara unilateral menukar agama anak mereka tanpa persetujuan Perayu (Indira Gandhi) adalah berupa campurtangan serius terhadap gaya hidup unit keluarga baharu," kata beliau.
Beliau berkata situasi apabila satu pihak dalam perkahwinan sivil telah memeluk Islam, pasangan yang telah menukar agama tetap terikat kepada kewajipan perundangan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Zainun berkata sijil penukaran agama tiga kanak-kanak itu adalah tidak sah kerana sijil tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan Indira Gandhi dan dengan itu melanggar Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 5 dan 11 Akta Penjagaan Budak 1961.
"Kami mendapati bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama berhubung penukaran agama anak-anak itu kepada Islam kerana tidak mematuhi seksyen 96 dan 10 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004," kata beliau.
Seksyen 96 menyebut bahawa seseorang yang mahu memeluk Islam mesti mengucap dua kalimah Syahadah dan pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hari sementara Seksyen 106 menyebut bahawa seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun perlu mendapatkan keizinan secara bertulis daripada ibu bapa atau penjaga bagi memeluk Islam.
Mahkamah Persekutuan menarik perhatian kepada bukti yang tidak dipertikaikan bahawa anak-anak Indira Gandhi tidak mengucap Dua kalimah Syahadah dan tidak hadir di hadapan Pendaftar Mualaf sebelum sijil penukaran agama dikeluarkan.
Zainun berkata tiada peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak yang memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan kesahihan penukaran agama seseorang kepada Islam tetapi seksyen itu hanya memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan perisytiharan bahawa seseorang itu tidak lagi Muslim".
"Kami kini mengambul pendirian yang tegas mengenai perkara ini - bahawa sebelum mahkamah sivil menolak bidang kuasa berdasarkan kuasa Perkara 121 (1A), ia perlu terlebih dahulu mengkaji atau meneliti sifat-sifat perkara itu. Jika ia melibatkan isu-isu perlembagaan, ia tidak boleh menolak untuk mendengarnya hanya berdasarkan tidak ada bidang kuasa," kata beliau.
Zainun berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar hal Indira Gandhi kerana 'perkara utama tidak menyentuh anak-anaknya sebagai seorang yang menukar agama atau persoalan undang-undang dan amalan peribadi Islam mengenai kesahihan tindakan pentadbiran daripada segi perlembagaan yang diambil oleh Pendaftar Mualaf.
Beliau berkata memandangkan Indira Gandhi bukan seorang Muslim, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk hadir di Mahkamah Syariah, oleh itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memperluaskan bidang kuasa bagi mendengar perkara tersebut.
Ketiga-tiga anak Indira Gandhi', dua perempuan dan seorang lelaki, sekarang berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Bapa mereka Muhammad Riduan, 47, menukarkan agama mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan (Indira Gandhi) selepas dia memeluk Islam.
Kanak-kanak tersebut, ketika itu berusia 12 dan 11 tahun dan 11 bulan. Anak perempuan bongsu tinggal bersama Muhammad Riduan sementara dua orang lagi dijaga oleh ibu mereka.
Pada 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan Indira Gandhi' untuk semakan kehakiman membatalkan pengislaman anak-anak mereka tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti pada 2015 yang mengembalikan sijil penukaran agama kanak-kanak tersebut selepas membenarkan rayuan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Kerajaan Negeri Perak dan dan Pendaftar Mualaf, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan.
Di luar mahkamah, Indira Gandhi, yang menitiskan air mata, berkata berkata dia mengucapkan terima kasih kepada para peguamnya, hakim dan mereka yang memberi sokongan kepadanya.
"Yang sedihnya ialah anak perempuan saya masih tidak bersama saya. Saya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya rindu benar untuk memeluknya, sudah sembilan tahun....bila dia akan kembali ke pangkuan saya. Walaupun kami menang kes, dia masih tidak bersama kami," katanya.
"Sebagai seorang ibu, saya masih mempunyai banyak perkara untuk berkongsi dengan anak bongsu saya terutama pada saat ini selepas berjuang untuk mendapatkan kembali anak-anak saya," kata Indira Gandhi yang hadir di mahkamah dengan ditemani oleh ibunya S. Vengamah, 75 dan anggota keluarga yang lain.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya dia menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi di Ipoh memberi kepada Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan Muhammad Ridhuan diperintahkan supaya menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2018

Mahkamah Pesekutuan memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam. - Gambar fail
Consider This: Transnational Repression (Part 2) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Krittaporn Semsantad, Programme Director at the Bangkok-based Peace Rights Foundation.
Consider This: Transnational Repression (Part 1) — Are Our Governments Enabling It?
Authoritarian regimes don’t stop at their own borders—often reaching across countries to track, detain, and deport refugees, activists, and migrants. This is transnational repression: when a state extends its repression beyond its own beyond their borders to control or punish its citizens abroad. Malaysia and Thailand, two of Southeast Asia’s biggest hubs for migrants and refugees, have become key battlegrounds for transnational repression. With Malaysia helming ASEAN chair this year, what role does the region play in resisting, or enabling, transnational repression? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Douglas Teoh, spokesperson from the End Transnational Repression Alliance.
AWANI Tonight 13 March 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
1. Ismail Sabri records statement for 6 hours, to return to MACC tomorrow
2. Youth bankruptcies in Malaysia on the rise
AWANI Tonight: Ismail Sabri questioned by MACC for 6 hours, to resume tomorrow
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob spent around six hours providing his statement at the MACC headquarters, and is expected to return tomorrow as part of the agency’s ongoing corruption probe.
AWANI Tonight: Incoming PM visits steel plant as country imposes counter-tariffs against the US
Canada will impose $20 billion in retaliatory tariffs on U.S. goods starting Thursday in response to President Trump's steel and aluminium tariffs, according to Canada's Finance Minister.

Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus bekerja keras untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang demi kesenangan serta kebajikan rakyat jelata.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
AWANI Ringkas: Kerajaan Madani selesai tunai sembilan tuntutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Di mana 250 rakyat Malaysia?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EdgeWood Residences: SkyWorld tawar keindahan lestari hijau di tengah bandar
SkyWorld memperkenalkan SkyWorld Healthy Home, prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup lebih sihat dan selesa.

MAIWP, MAIJ dibenar jadi pencelah dalam saman Indira Ghandi
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MAIWP dan MAIJ untuk menjadi pencelah dalam kes saman pemula guru tadika M. Indira.

Mahkamah Rayuan tolak rayuan kerajaan ketepi saman Indira Gandhi
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk M. Gunalan dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan saman yang difailkan oleh M.Indira Gandhi itu perlu melalui perbicaraan.

Mahkamah tolak permohonan Indira Gandhi untuk mulakan prosiding terhadap KPN
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (KPN).

Indira Gandhi saman PDRM kerana gagal laksana waran komital, pulangkan anak bongsu
Plaintif mendakwa KPN dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah mandamus Mahkamah Persekutuan kerana gagal mengambil tindakan sewajarnya mengembalikan Prasana Diksa kepadanya.

"Henti politikkan isu Indira Gandhi" - Ketua Polis Negara
Jelasnya, banyak 'pakar' menjadi 'jaguh' diluar tanpa memikirkan kesan kepada anak pasangan berkenaan, prasana yang kini berusia 11 tahun.

Ceritalah ASEAN - Wanita adalah masa depan ASEAN
Beliau masih tidak dapat memperoleh penjagaan anak bongsunya, Prasana Diska walaupun diarahkan.

Muhammad Ridhuan Abdullah masih dalam negara - Polis
Polis percaya mualaf, Muhammad Ridhuan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuannya kepada bekas isteri, M. Indira Gandhi masih berada di dalam negara.

Usaha kesan, tahan Muhammad Riduan diteruskan - KPN
Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi, masih diteruskan.

Penghakiman bersejarah: Persetujuan kedua ibu bapa perlu bagi penukaran agama anak kepada Islam
Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur.

Rakyat Malaysia ditahan di India disyaki miliki dadah
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India berikutan disyaki memiliki dadah.