Penghantaran 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Australia yang dijadual Rabu ini bagi membantu memadam kebakaran di negara tersebut ditangguhkan sementara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata penangguhan itu disebabkan pihak Australia meminta Malaysia supaya meneliti keperluan mereka terlebih dahulu.
Tanpa menyatakan keperluan tersebut, Zuraida berkata: "Kalau keperluan mereka kita mampu penuhi, kita akan hantar, tapi jika tidak, kita cuba juga hantar anggota sebagai tenaga untuk membantu memadam kebakaran," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba Pengkalan Hulu di sini, pada Isnin.
Terdahulu, dalam sidang media di Kuala Sepetang, Taiping, Zuraida memaklumkan semua 40 anggota JPBM bersama 20 lagi individu daripada agensi kerajaan yang lain akan berlepas ke lokasi kebakaran di New South Wales, Rabu ini.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah musnah serta jutaan haiwan terkorban apabila kebakaran hutan itu memusnahkan tiga negeri di Australia melibatkan kira-kira lima juta hektar tanah.
BACA: Hampir 500 juta haiwan mati akibat kebakaran di Australia
BACA: Kebakaran hutan Australia: Taman Negara Blue Mountains kini suram
BACA: Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
Selain itu, Zuraida menyarankan akademi bomba supaya membuat pengambilan khusus untuk wanita sebagai usaha meningkatkan penyertaan golongan hawa tersebut dalam pasukan beruniform berkenaan yang kini hanya berjumlah kira-kira 500 orang.
Dalam pada itu, Zuraida turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu untuk pembinaan beberapa tempat makan yang bukan sahaja cantik dan canggih tetapi ceria sebagai usaha menarik lebih ramai pengunjung.
"Pengkalan Hulu ini merupakan bandar sempadan yang mana banyak unsur untuk tarik pelancong, pelanggan masuk ke Perak melaluinya," katanya.
BACA: Agustavia wanita kental dalam kelasakan kerjaya bomba
BACA: JBPM disaran rekrut lebih ramai wanita - Zuraida
Terdahulu, di Kuala Sepetang, Taiping, Zuraida berkata kerja-kerja menaik taraf Jeti Kuala Sepetang melibatkan peruntukan RM2 juta supaya lebih moden dan selesa termasuk menyediakan kemudahan tandas serta tempat letak kereta lebih teratur, disasarkan siap hujung tahun ini.
Selain itu, beliau berkata pihaknya bercadang untuk mewujudkan tarikan baharu seperti floating market atau pasar terapung iaitu bot-bot yang menjual makanan dan produk hasil sungai di persisiran sungai hutan paya laut di jeti berkenaan.
"Kami akan memulakan floating market dalam skala kecil dahulu untuk pelancong yang menaiki bot mengelilingi kawasan sungai ini selama kira-kira sejam untuk singgah dan menikmati pemandangan," katanya.
Katanya pelancong juga tidak dibenarkan membawa makanan sendiri untuk burung helang di kawasan sungai tetapi sebaliknya hanya menggunakan makanan helang yang disediakan oleh pemandu pelancong bagi mengelakkan pembiakan helang terbantut.
Pada majlis itu, Zuraida turut menyumbangkan 10 mikrofon kepada pemandu pelancong di jeti berkenaan supaya memudahkan mereka menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai sejarah dan tempat menarik kepada penumpang bot ketika meronda di sekeliling kawasan sungai itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020
Zuraida (duduk tengah) bergambar bersama para pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu selepas melawat balai tersebut, 13 Jan, 2020. Turut sama Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman (duduk tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Penghantaran anggota bomba ke Australia Rabu ini ditangguh
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata penangguhan itu disebabkan pihak Australia meminta Malaysia supaya meneliti keperluan mereka terlebih dahulu.