KUALA LUMPUR: Hanya 66.1 peratus daripada populasi rakyat Malaysia bergiat aktif dalam bidang sukan, menurut hasil dapatan kajian indeks budaya sukan pada 2019.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M Noor Azman Taib menyifatkan hasil skor kajian itu menunjukkan tahap keterlibatan rakyat Malaysia dalam bidang sukan masih berada pada tahap sederhana.
Beliau berkata antara faktor utama mengekang rakyat mempratikkan budaya sukan dalam gaya hidup mereka seperti disenaraikan dalam kajian berkenaan adalah kekurangan fasiliti sukan awam, cuaca dan kekangan masa.
"Kami akan perhalusi secara bersama untuk membantu dan meningkatkan penyediaan kemudahan dalam kalangan masyarakat bagi membantu negara mencapai status negara bersukan," katanya dalam sesi webinar Sukan Untuk Semua Transformasi Ke Arah Komuniti Yang Aktif dan Cergas' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) hari ini.
M Noor Azman pada masa sama turut menzahirkan kebimbangan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini secara tidak langsung membataskan aktiviti sukan dan ia sememangnya boleh mempengaruhi indeks budaya sukan negara pada masa akan datang.
Sehubungan itu, beliau berkata KBS berharap satu model sukan baharu melibatkan input daripada pihak berkepentingan dan badan antarabangsa akan dapat membantu negara mencorakkan budaya sukan seterusnya menerapkan nilai gaya hidup sihat dalam kalangan seluruh masyarakat dapat direalisasikan.
Katanya kementerian tidak boleh mengamalkan sikap 'mereka lebih mengetahui segala-galanya' sebaliknya memerlukan input daripada pihak berkepentingan untuk menggarap perancangan menyeluruh bagi menjamin kelestarian sukan tanah air.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Prof Datuk Dr S. Shamala menegaskan komuniti sukan perlu sentiasa melakukan inovasi strategi bagi menjadikan sukan sebagai keutamaan dalam spektrum kehidupan.
Shamala mengetengahkan beberapa cadangan untuk memastikan sukan sememangnya untuk semua seperti melibatkan orang ramai dalam kempen, memperkasakan wanita dan meluaskan horizon di peringkat akar umbi.
"Sebagai contoh, program pembangunan komuniti di peringkat akar umbi mesti memfokuskan bukan hanya sukan, tetapi kemahiran insaniah lain seperti komunikasi, bahasa, pembinaan pasukan, psikologi dan pemakanan. Saya percaya ini akan membantu anak-anak menjadi serba boleh," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JBSN Datuk Wasitah Mohd Yusof dalam satu sesi libat urus Visi Sukan Negara 2030 peringkat Kuala Lumpur, berkata prestasi sukan negara termasuk atlet akan mencerminkan impak pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat itu sendiri.
Katanya, semua pihak perlu berganding bahu dalam menyediakan asas serta sokongan kukuh dalam aspek pembudayaan sukan seterusnya membantu lebih ramai atlet mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
![Penglibatan rakyat Malaysia dalam sukan masih sederhana - KBS Penglibatan rakyat Malaysia dalam sukan masih sederhana - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590573317_futsal.jpg)
Hanya 66.1 peratus daripada populasi rakyat Malaysia bergiat aktif dalam bidang sukan, menurut hasil dapatan kajian indeks budaya sukan pada 2019. - Gambar hiasan
![Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719551181_ular.jpg)
Penuntut UPM dipatuk ular kapak ketika daki Gunung Tahan
Mangsa menyertai pendakian yang disertai 40 penuntut bersama dua jurupandu, seorang kakitangan Perhilitan dan tiga ranger komuniti bermula Selasa hingga Ahad ini.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![PRK Sungai Bakap: Calon PH tidur tiga jam, ubah rutin harian santuni pengundi PRK Sungai Bakap: Calon PH tidur tiga jam, ubah rutin harian santuni pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719554086_JoohariAriffin.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon PH tidur tiga jam, ubah rutin harian santuni pengundi
Beliau tidak kisah mengorbankan waktu rehatnya demi menambat hati pengundi lebih-lebih lagi bagi memastikan gerak kerja kempen berjalan lancar.
![Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719553325_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Ia bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai.
![Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/81588942938_MajlisOlimpikMalay.jpg)
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
![Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719550760_TBTunkuMahkotaIsmai.jpg)
Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor
Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berhasrat untuk menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan.
Pengerusinya Sheikh Umar Bagharib Ali berkata LPNM sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
Pengerusinya Sheikh Umar Bagharib Ali berkata LPNM sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
![Kejuaraan WBC Asia Continental: Adli Hafidz gagal pertahan kejuaraan Kejuaraan WBC Asia Continental: Adli Hafidz gagal pertahan kejuaraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719547655_WBCAsiaContinental.jpg)
Kejuaraan WBC Asia Continental: Adli Hafidz gagal pertahan kejuaraan
Adli Hafidz Mohd Pauzi gagal mempertahankan Kejuaraan WBC Asia Continental susulan tewas kepada petinju Thailand, Rattawut Thongaram.
RUU Keselamatan Siber diwarta pada suku ketiga 2024
Pewartaan tarikh kuat kuasa Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber 2024 dijadual dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa Menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat berkata berkata pewartaan tarikh kuat kuasa RUU itu hanya boleh dibuat selepas proses penggubalan peraturan siap dan draf diluluskan Jabatan Peguam Negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa Menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat berkata berkata pewartaan tarikh kuat kuasa RUU itu hanya boleh dibuat selepas proses penggubalan peraturan siap dan draf diluluskan Jabatan Peguam Negara.
![THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719549900_DeFam.jpg)
THSS: De Fam tarik diri, Azira Shafinaz ikut nasihat doktor
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
![Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717714230_AhmadZahidHamidi.jpg)
Penaja persatuan, acara sukan wajar diberi potongan cukai - Ahmad Zahid
Beliau akan meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober.
![Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/71484817981_MalaysianContingent.jpg)
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
![Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715055724_ZulkifliMohamadAl.jpg)
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
![Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713604569_HannahYeoh.jpg)
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
![Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712723119_atletpekak.jpg)
Lebih 120 atlet pekak bersaing di Bukit Jalil
LEBIH 120 atlet pekak dari seluruh negara akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Malaysia 2024 kali keempat pada 27 dan 28 April ini di Stadium Mini, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
![PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705333742_TBAFCMASIA.jpg)
PM ucap selamat maju jaya untuk Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya akan bertemu Jordan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.
![PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697251580_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.
![Emas Olimpik: RM72 juta diperuntuk perkukuh ekosistem atlet acara podium, inisiatif RTG Emas Olimpik: RM72 juta diperuntuk perkukuh ekosistem atlet acara podium, inisiatif RTG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697230497_TBAnwarIbrahimPar.jpg)
Emas Olimpik: RM72 juta diperuntuk perkukuh ekosistem atlet acara podium, inisiatif RTG
Daripada jumlah itu, RM20 juta diperuntuk sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.
![BMX Johor International Championship 2023 pentas menguji atlet ke Olimpik BMX Johor International Championship 2023 pentas menguji atlet ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696160054_BMXJohor.jpg)
BMX Johor International Championship 2023 pentas menguji atlet ke Olimpik
Inisiatif kejohanan itu disifatkan sebagai pentas 'warming-up' buat pelumba-pelumba tempatan beraksi dengan pesaing luar.
![Malaysia-Korea: Tingkat kerjasama, buka peluang terokai pasaran lebih besar - Hannah Yeoh Malaysia-Korea: Tingkat kerjasama, buka peluang terokai pasaran lebih besar - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690875716_HannahYeoh.jpg)
Malaysia-Korea: Tingkat kerjasama, buka peluang terokai pasaran lebih besar - Hannah Yeoh
Yeoh yakin program seumpama itu bukan sahaja mampu meningkatkan kerjasama dalam sukan tetapi akan memberi manfaat kepada golongan belia khususnya.