Peniaga bumiputera di Suria KLCC disifatkan tidak dapat 'hidup' lama di lokasi itu kerana tekanan pengurusan pusat membeli belah terkemuka berkenaan.
Pengarah Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah berkata, lebih malang kini tekanan berpindah lokasi turut diberi kepada hampir kesemua peniaga jika tidak mengikuti beberapa undang-undang yang dibentuk untuk mengaut keuntungan segera.
"Tiga tahun mesti kena pindah lokasi, jika selalu bodek pengurusan, peniaga akan selamat tetapi jika kebanyakan peniaga bumiputera yang dikategorikan 'nyawa-nyawa ikan' ini berniaga, kita akan berdepan pindah ke hujung bangunan, bersebelahan tandas atau terus gulung tikar.
"Peniaga bumiputera di KLCC kini difahamkan kurang 10 premis sahaja, yang tinggal ini pun semuanya di lokasi tidak strategik, kini pengurusan cuba mencari mangsa baru dengan menarik peniaga lain dalam permainan mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Juhaidi mengulas laporan sebuah akhbar mengenai keluhan Pengasas BritishIndia, Pat Liew yang memfailkan saman terhadap pengurusan Suria KLCC kerana cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.
Sebelum itu, Liew telah memohon injunksi untuk menghalang pengurusan Suria KLCC daripada menjalankan ancaman mereka dan perintah halangan dijadualkan berlaku pada 24 Februari ini.
Katanya, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 itu turut diberi empat hari untuk menerima tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.
Kenyataan itu turut disokong Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di dalam laman Facebooknya yang meminta pengurusan Suria KLCC untuk memainkan peranan untuk mempromosikan jenama-jenama negara.
Khairy turut mengakui, kebanyakan premis berkenaan 'disorok' di lokasi-lokasi pinggiran selain menyifatkan Suria KLCC tidak bersungguh mempromosikan jenama negara.
Pada 31 Ogos 2007, kisah sedih Juhaidi bermula selepas dia mengucapkan 'salam terakhir' kepada dua sahabat yang akhirnya terpaksa menghentikan perniagaan di kompleks membeli-belah terkemuka itu.
Juhaidi pada waktu itu terpaksa melepaskan premis mereka selepas pihak pengurusan menaikkan sewa tapak lebih 50 peratus setiap tiga tahun.
Selain sewa dinaikkan pada kadar yang terlalu tinggi, peniaga terbabit juga diberi notis berpindah ke lokasi lain selain diminta membuat pengubahsuaian konsep dan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Dalam pada itu katanya, Pat Liew membuat tindakan betul dan diharap membuka mata pengurusan serta orang ramai.
"Biar orang tahu apa masalah di Suria KLCC. Mereka nampak gah berniaga namun hakikatnya sengsara.
"Pat Liew membuat tindakan betul dengan menyaman pengurusan KLCC, kita memberi sokongan moral selain mengakui tidak mampu menyaman dahulu kerana kekurangan sumber kewangan," jelasnya.
Katanya, 'skandal' dalaman pengurusan Suria KLCC yang menekan peniaga diharap diselesaikan demi kelangsungan perniagaan di sana.
"Kita tidak dibenarkan mempertahankan diri dan hanya mengangguk di atas semua arahan yang diberi. Jika melawan, tunggulah nasib kamu nanti.
"Kita juga tidak boleh membuat sebarang kesatuan atau gabungan peniaga di sana ... itu undang-undang yang harus dipatuhi," ujarnya.
Ujarnya lagi, peranan kerajaan dan menteri-menteri Kabinet diharap dapat memberi dimensi baharu kepada baki peniaga bumiputera di Suria KLCC.
"Kita faham semua pihak tersepit di antara kasihan kepada peniaga bumiputera dan pengurusan KLCC yang merupakan ikon kemajuan negara.
"Namun jika ia tidak diberi perhatian segera, kita tidak boleh bayangkan apa lagi yang akan terjadi kepada peniaga bangsa lain yang mencari rezeki di sana," katanya.
Wan Syamsul Amly
Wed Feb 18 2015
PENGARAH KELANTAN DELIGHTS: Peniaga bumiputera tidak mampu lawan Suria KLCC - Gambar fail
Pemergian Ahmad Nawab kehilangan besar industri muzik Malaysia - Hetty Koes Endang
Hetty sebak dan terkejut sebaik dimaklumkan berita pemergian komposer Ahmad Nawab yang dianggap sebagai sahabatnya di Malaysia.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Calon PM: Gerakan akan rujuk Majlis Tertinggi
Perdebatan isu berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dirujuk dan dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 9 Disember hadapan.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Fokus Minggu Depan: Tenaga muda kekang perubahan iklim
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting di Puchong
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merompak seorang wanita dengan bersenjatakan gunting di sebuah rumah di Puchong Utama, Puchong kira-kira 9 malam tadi.
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.