Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Taiping mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifat peratus mulai hari ini.
Ketua Cawangannya Mohd Kamarol Mat Nor berkata tindakan penguatkuasaan akan dipertingkat dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mengeksploitasikan keadaan untuk menaikan harga secara tidak munasabah.
"Kami memberi perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah wajar bagi memastikan harga barangan dalam negara berpatutan demi kesejahteraan pengguna," kata kepada pemberita selepas Op Catut 4.0 di sebuah pusat membeli belah di Kamunting dekat sini, hari ini.
Op Catut 4.0 itu disertai 17 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), kastam dan Majlis Perbandaran Taiping memberi tumpuan kepada tindakan terhadap ketidakpatuhan ke atas undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian.
Kamarol berkata pihaknya tidak menafikan berlaku kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan kesan daripada beberapa faktor seperti permintaan dan penawaran, fenomena alam seperti kemarau dan banjir, pertukaran mata wang asing selain kos operasi.
"Walau bagaimanapun, tempoh peralihan selama satu bulan bermula pada 1 Jun 2018 hingga 30 Jun 2018 diberikan kepada peniaga bagi tujuan penyelarasan tanda harga bagi barangan dan caj bagi perkhidmatan yang dipamerkan untuk jualan," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut membuka Bilik Gerakan yang beroperasi dari 9 pagi hingga 10 malam mulai hari ini bertujuan memudahkan pengguna membuat aduan dan pertanyaan berkaitan penetapan GST pada kadar sifat peratus.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018
KPDNKK Cawangan Taiping menegaskan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mengeksploitasikan keadaan untuk menaikan harga secara tidak munasabah. - Gambar fail.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.