Tahun 2015 yang akan melabuhkan tirai pada Khamis agak signifikan daripada segi sejarah kerana ia menandakan genap 100 tahun berlakunya peristiwa Tok Janggut menentang British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan.
Kalau hendak diikutkan, sudah banyak artikel Tok Janggut diketengahkan sebelum ini.
Namun apabila diselidiki hampir kesemua berkongsi sumber yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama.
Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang didakwa mengikut acuan penjajah.
Mereka percaya kisah Tok Janggut dibunuh oleh British hanyalah dongengan bagi menggelapkan sejarah sebenar perjuangan tokoh Serambi Mekah itu.
Sebaliknya mereka beranggapan penjajah sendiri tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri.
Gambar mayat lelaki yang digantung songsang untuk tatapan umum juga bukanlah Tok Janggut.
BUKAN TOK JANGGUT YANG TERBUNUH
Cucu sepupu Tok Janggut, Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas sebenarnya hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika kemuncak pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.
Tok Janggut kemudiannya disembunyikan oleh pengikutnya di Hulu Kelantan (Gua Musang) untuk menyelamatkan beliau.
"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu," katanya.
Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan kemudiannya ia digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.
Tegas beliau, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi memastikan tiada lagi kebangkitan kedua di negeri itu.
"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.
"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.
Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.
"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh," katanya.
TIDAK MENGISYTIHARKAN DIRI
Perkara yang sering kali menjadi persoalan ialah sekiranya Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa pertempuran di Pasir Puteh itu, kenapa beliau tidak mengisytiharkan diri seperti yang dilakukan pejuang Pahang Mat Kilau.
Wan Asrul berkata perlu diingat satu ketika Mat Kilau pernah bertemu dengan Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu iaitu pada 1966.
Berlaku perbualan antara mereka berdua: " Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini."
Jawab Tok Janggut; " Puak-puak kamu itu nak pilih orang Putih, biar mereka dah balik pun, biarlah aku hidup macam ini."
Tambahan menurut Wan Asrul, keadaan Tok Janggut ketika itu sudah uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik memilih mendiamkan diri.
Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.
Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
ULAMA BERJIWA PANGLIMA
Ketika berusia 27 tahun, Tok Janggut telah mula mendalami ilmu agama di Mekah dengan gurunya Syeikh Ahmad al-Fatani yang juga guru kepada tokoh ulama nusantara Tok Kenali.
Ilmu persilatan pula diwarisi daripada ayahnya Munas Samad, seorang guru agama dan panglima yang tangkas di istana Jeram, Pasir Puteh.
"Tok Janggut kembali ke Kelantan pada tahun 1910 pada usia 63 tahun membawa amanah besar gurunya supaya berikhtiar membebaskan Patani daripada penjajahan Thai.
Tok Janggut adalah seangkatan dengan pejuang-pejuang lain Tanah Melayu termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Haji Abdur Rahman Limbong.
Berlaku beberapa siri pertemuan antara kesemua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu.
Salah satu pertemuan itu adalah dengan ulama Terengganu, Tok Ku Paloh pada tahun 1913 yang turut dihadiri kelima-lima pejuang Melayu itu.
Pada pertemuan itu, Tok Ku Paloh berpesan dengan pejuang-pejuang Melayu itu sekiranya beliau meninggal dunia, Tok Janggut adalah penggantinya untuk meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan Islam.
BACA: Kisah di sebalik kubur Tok Janggut
Bernama
Wed Dec 30 2015
!['Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris 'Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61451473993_TokJanggut.jpg)
Waris pahlawan Melayu itu beranggapan penjajah telah tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri. - Foto sumber Mohd Afiq Zulkifli & waris
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Tayangan perdana 'Pendekar Awang' di Istanbul Tayangan perdana 'Pendekar Awang' di Istanbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730520557_posterPendekarAwan.jpg)
Tayangan perdana 'Pendekar Awang' di Istanbul
Filem epik pahlawan Melayu, "Sword of Islam," atau "Pendekar Awang," ditayangkan di Istanbul.
![Banyakkan tayangan filem sejarah, patriotik sempena bulan kemerdekaan Banyakkan tayangan filem sejarah, patriotik sempena bulan kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41659154755_BerjalanTeguhBersa.jpg)
Banyakkan tayangan filem sejarah, patriotik sempena bulan kemerdekaan
Kerajaan diminta sediakan insentif menarik di bawah Bajet 2023 bagi menggalakkan lebih banyak filem bergenre sejarah dan patriotik.
![Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656569805_CucuMatKilaulawa.jpg)
Tanpa unsur khurafat, filem Mat Kilau boleh jadi rujukan generasi akan datang - Cucu
Pewaris pahlawan Mat Kilau, memuji penerbit dan pengarahan filem Mat Kilau kerana kesannya yang membangkitkan semula semangat Melayu-Islam Beraja.
![Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655870296_MATKILAU.jpg)
Baru empat hari ditayangkan, filem Mat Kilau raih kutipan RM11 juta
Kejayaan meraih kutipan jualan tiket RM11 juta memberikan tanda aras baharu pada filem tempatan.
![Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573968276_HangTuahCentre.jpg)
Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.
![Pahlawan Melayu lengkap bertanjak solat Aidilfitri Pahlawan Melayu lengkap bertanjak solat Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41559713974_TBbusana.jpg)
Pahlawan Melayu lengkap bertanjak solat Aidilfitri
Di sebalik gelombang populariti persalinan jubah dan kurta yang menjadi pilihan sebilangan umat Islam pada pagi Syawal, masih ada dalam kalangan masyarakat masih utuh jati diri dan kemelayuan mereka.
![Aksi Syamsul Yusof mengarah Mat Kilau sehebat pengarah filem Transformers Aksi Syamsul Yusof mengarah Mat Kilau sehebat pengarah filem Transformers](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549454414_matkilaucover.jpg)
Aksi Syamsul Yusof mengarah Mat Kilau sehebat pengarah filem Transformers
Penonton berpeluang menyaksikan di sebalik pembikinan filem epik itu yang menjalani penggambaran di kawasan kampung di Lambor Kanan, Perak baru-baru ini.
![Kisah di sebalik kubur Tok Janggut Kisah di sebalik kubur Tok Janggut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61451479297_KuburTokJanggut.jpg)
Kisah di sebalik kubur Tok Janggut
Cucu sepupu Tok Janggut, Wan Asrul Wan Hussin, berkata datuknya dikebumi di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
!['Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris 'Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/61451473993_TokJanggut.jpg)
'Penjajah tertipu, Tok Janggut tidak terkorban' - Waris
Cucu dan cicit pahlawan itu menafikan kisah itu dan mendakwa ia rekaan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi mengekang kebangkitan di Kelantan.