"Penjawat awam juga bayar cukai", itu penegasan PresidenKongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat terhadap pihak yang mempertikai pembayaran gaji penjawat awam yang didakwa dibayar oleh cukai sektor pekerjaan lain ketika COVID-19 'membadai' negara ketika ini.
Malah, katanya pendapatan dan bonus tahunan penjawat awam adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan gaji dan bonus yang diperoleh sektor swasta.
"Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ya, kita (penjawat awam) tetap dibayar gaji tetapi tidak perlu menyentuh mengenai sistem percukaian kerana kami juga membayar cukai, pendapatan kami jauh lebih rendah, ketika ada sektor swasta yang jauh lebih tinggi bonusnya, kami hanya dapat RM500 setiap tahun.
"Tetapi tidak pernah kami pertikai kerana kami berkhidmat untuk negara," katanya yang dihubungi melalui telefon dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk "Pekerja dan Cabaran Budaya Normal Baharu" di Bernama TV malam tadi.
Adnan juga menegaskan penjawat awam yang pasangannya berkerja di sektor swasta dan bekerja sendiri juga terkesan dengan PKP seperti golongan yang lain.
Katanya pendapatan isi rumah penjawat awam di negara ini rata-rata disokong oleh pasangan sebagai pendapatan kedua bagi menampung kos hidup yang semakin tinggi dan keperluan pembayaran pinjaman perumahan dan sebagainya.
"Adalah salah menyatakan penjawat awam tidak terkesan dengan PKP. Ada pasangannya kerja dengan syarikat swasta, berniaga sendiri, jadi tukang jahit dan sebagainya yang terkesan ketika PKP ini. Dengan kos hidup yang tinggi, 20 hingga 30 peratus pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar pinjaman perumahan, pasti penjawat (awam) ini juga terkesan," katanya.
Dalam pada itu, Adnan berkata penjawat awam di negara ini tetap memberikan perkhidmatan terbaik walaupun bekerja dalam normal baharu dengan pelbagai perubahan pada ketika ini.
Ini, katanya bagi memastikan rakyat tidak mengeluh dan tetap mendapat perkhidmatan kerajaan walaupun dalam tempoh PKP.
Katanya sebagai contoh bekerja dari rumah, kaedah ini telah dipraktikkan sejak 2007 dengan tugas tertentu secara percubaan seperti pelukis pelan dan penerimaan aduan dan ia akan diteruskan dengan lebih meluas selepas ini.
"Kita memang ada perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kaedah ini, apatah lagi dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, jadi ia nanti akan dipercepatkan, pada akhirnya nanti hanya mereka yang rapat dengan pelanggan akan berada di pejabat," katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai sambutan Hari Pekerja kongres itu tahun ini, Adnan berkata sambutan adalah berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu tanpa perhimpunan dan akan disiarkan secara langsung dalam Facebook Cuepacs Jumaat ini mulai 9 pagi.
Bertemakan 'Pekerja Tunjang Kelestarian Negara', dua anugerah akan disampaikan kepada penerima dengan cara menghantarnya ke lokasi penerima dengan mengikut garis panduan PKP yang ditetapkan.
Anugerah tersebut adalah Anugerah Majikan Prihatin dan Tokoh Hari Perkerja Cuepacs dan penyampaiannya akan turut disiarkan dalam Facebook.Selain itu Cuepacs akan turut menyantuni petugas barisan hadapan yang berusaha mengekang penularan COVID-19 sebagai sebahagian aturcara sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Adnan berkata penjawat awam di negara ini tetap memberikan perkhidmatan terbaik walaupun bekerja dalam normal baharu dengan pelbagai perubahan pada ketika ini. - Gambar fail
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.
Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru penjawat awam supaya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan meningkatkan prestasi kerja selari dengan kenaikan gaji.
Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
Sekat kenaikan pangkat jika sorok salah laku lahirkan penjawat awam cakna tanggungjawab - Cuepacs
Ia perlu dilihat sebagai langkah memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.