Bermula tahun depan, bentuk pentaksiran bagi murid tahun satu, dua dan tiga (tahap satu) akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran dan tidak lagi berorientasikan peperiksaaan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dalam kenyataan hari ini berkata pentaksiran alternatif itu merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.
Beliau berkata pentaksiran alternatif dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.
"Pentaksiran ini selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21 yang berteraskan elemen kolaborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritikal dan nilai," katanya.
Menjelas lanjut, katanya pentaksiran alternatif itu juga seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang fokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.
BACA: Pemansuhan peperiksaan Tahap 1 bantu perkembangan murid
BACA: Maszlee mahu ubah sistem pendidikan berorientasi peperiksaan
Menerusi pentaksiran itu, Amin berkata guru akan digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid.
"Hasil pentaksiran boleh membantu guru dan ibu bapa untuk menilai dan menambah baik pembelajaran murid," katanya.
Amin berkata pentaksiran alternatif itu boleh mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkkan dan bermakna untuk murid berbanding peperiksaan formal.
Katanya ini membolehkan guru memberikan lebih perhatian kepada penerapan nilai kasih sayang. kegembiraan dan hormat-menghormati dalam memantapkan pembangunan sahsiah dan karakter murid.
"Di samping itu, penglibatan ibu bapa juga adalah penting dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang tekanan kepada murid pada peringkat awal usia persekolahan," katanya.
Amin berkata pembelajaran pada tahap satu sekolah rendah amat penting sebagai asas untuk murid mengoptimumkan perkembangan dan pertumbuhan mereka pada tahap pembelajaran seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018

Guru akan digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Jangan ubah, pinda lagu Negaraku dalam mana-mana acara rasmi sekolah - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pihak sekolah perlu sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara.

Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.

Tiada kekurangan guru bahasa Inggeris - KP Pelajaran
Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya, jumlah guru opsyen bahasa Inggeris yang mengalami kekurangan.

Ketua Pengarah KPM nafi akaun palsu Facebook Messenger
Mesej palsu itu antara lain menyebut Datuk Amin Senin akan memberikan geran sebanyak AS$150,000 bagi membantu golongan yang memerlukan.