Para pengusaha akuakultur atau penternak ikan dalam sangkar, disaran menggunakan kaedah baru iaitu High-Density Polyethylene (HDPE) yang turut memasukkan elemen teknik automasi Objek Rangkaian Berinternet (IoT) dalam industri penternakan sangkar mereka.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata, pada masa ini pengusaha ikan sangkar masih menggunakan kaedah lama dan beliau berharap, golongan penternak ikan dalam sangkar itu untuk terus maju ke hadapan dengan mengunakan teknologi moden.
"Setelah ada teknologi baru iaitu HDPE yang menggunakan IoT, teknologi itu membantu dalam proses penjimatan seperti pengurangan penggunaan tenaga pekerja, meningkatkan produktiviti dan tahan bencana, seperti ribut dan ombak kuat.
"Selain itu IoT juga dapat memberitahu amaran awal kepada penternak, akan apa yang berlaku terhadap ternakan mereka, seperti kekurangan oksigen dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Agrobank bersama pengusaha akuakultur Sungai Udang di sini pada Jumaat.
Katanya ketika ini aplikasi moden itu hanya diguna pakai syarikat-syarikat besar dan beliau berharap penternak ikan sangkar dapat memohon pinjaman daripada Agrobank dan kemudian menggunakan teknik tersebut dalam industri ikan sangkar, yang diusahakan mereka.
Pada majlis itu Sim turut mengumumkan peruntukan RM100,000 dari kementeriannya menerusi pemberian dua buah sangkar ikan yang menggunakan teknik HDPE, kepada penternak ikan sangkar yang terjejas akibat taufan Lekima, di Kawasan Penternakan Ikan Sangkar Sungai Udang Nibong Tebal.
Katanya pemberian dua sangkar itu adalah sebagai projek perintis bagi mendedahkan teknologi sangkar ikan terkini, melibatkan penggunaan teknologi IoT kepada semua penternak di kawasan utara.
Dalam perkembangan lain, Sim berharap Bajet 2020 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Okt ini, akan memberi tumpuan terhadap suara akar umbi, termasuk golongan penternak dan petani.
"Saya menghadiri mesyuarat bersama Kementerian Kewangan dua hari lepas dan menyuarakan permohonan bantuan kepada petani, penternak dan pemain industri pertanian yang terjejas dalam Taufan Lekima Ogos lalu. Saya berharap perkara ini mendapat perhatian (dalam Bajet 2020)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Sim Tze Tzin berkata pada masa ini pengusaha ikan sangkar masih menggunakan kaedah lama.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Air merah: Pulau Pinang akan salur bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar terjejas
Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada penternak ikan dalam sangkar yang mengalami kerugian apabila banyak ikan ternakan mereka mati akibat fenomena air merah.
Pengusaha ikan sangkar kerugian akibat sungai cetek
Mereka tidak dapat menternak ikan sepenuhnya dan kira-kira separuh dari jumlah sangkar itu ada yang rosak dan tersadai di tebing sungai.
Penternak akuakultur disaran gunakan teknik Objek Rangkaian Berinternet
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata, pada masa ini pengusaha ikan sangkar masih menggunakan kaedah lama.