Penubuhan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di Pantai Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu menyelesaikan masalah lambakan madu tiruan yang berleluasa di pasaran, kata seorang anggota Exco negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Dr Azman Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan RM420,000 bagi pembelian peralatan makmal dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.
"Seramai 260 penternak lebah kelulut yang berdaftar boleh mendapatkan sijil pengesahan keaslian madu lebah kelulut yang dikeluarkan oleh makmal ini dan dengan adanya sijil pengesahan, pelanggan boleh membezakan madu yang asli atau sebaliknya, sekali gus mengelak daripada ditipu peniaga yang tidak jujur.
"Perkhidmatan pensijilan ini juga ditawarkan pada kos 25 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan sama oleh syarikat swasta di luar sana kerana ia disubsidi oleh kerajaan," katanya ketika ditemui selepas lawatan ke MKM di UMT, pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Madya Shamsul Bahri Abd Razak.
Sementara itu, Shamsul Bahri yang juga Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) UMT berkata pihaknya menerima banyak laporan mengenai aktiviti penjualan madu yang dicampur dengan air gula oleh segelintir penternak yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Beliau berkata kegiatan tersebut boleh membunuh industri madu kelulut yang semakin berkembang di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 18 2018

Penubuhan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di Pantai Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu menyelesaikan masalah lambakan madu tiruan. -Gambar hiasan/Freeimages.com

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.

KKM jawab isu lambakan madu tiruan di pasaran
KKM turut menjalankan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Pertanian bagi menentukan ketulenan madu menggunakan teknik terkini.

Penubuhan makmal ketulenan madu elak pembeli tertipu - Exco
Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan RM420,000 bagi pembelian peralatan makmal dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.