Seorang penunggang Grab Food mengalami detik cemas selepas hampir menjadi mangsa samun dua lelaki di Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.52 petang ketika mangsa Muhammad Amirul Adli Mohd Saharudin, 22, yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang bekerja dan dalam perjalanan dari One Utama ke Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din semasa tiba di hadapan bangunan Phileo Damansara 2, mangsa telah didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan nombor pendaftaran yang tidak dikenal pasti.
"Salah seorang suspek menyuruh mangsa turun dari motosikal kerana mendakwa motosikal mangsa adalah motor curi dan mahu mengambilnya, seorang lagi suspek datang dari arah belakang dan terus memukul pengadu di bahagian kepala menggunakan 'fork lock'.
"Salah seorang suspek kemudian cuba membawa lari motosikal mangsa namun mangsa sempat menendang motosikal itu sehingga jatuh.
"Ketika mangsa sedang bergelut dengan kedua-dua suspek, telefon bimbit salah seorang daripada mereka telah terjatuh sebelum kedua-duanya melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd. Zani berkata saksi awam yang terlihat kejadian turut menyatakan ternampak salah seorang suspek membawa parang di belakangnya.
"Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, belakang badan, mulut dan beberapa bahagian badan lain.
"Mangsa tidak mengalami kerugian kerana motosikalnya tidak dilarikan," jelas beliau.
Justeru itu, polis sedang giat memburu dua suspek lelaki itu dan meminta kerjasama orang ramai untuk tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat.
Afiezy Azaman
Fri Aug 09 2019
Salah seorang suspek kemudian cuba membawa lari motosikal mangsa namun mangsa sempat menendang motosikal itu sehingga jatuh. - Imej dari video daripada pihak polis
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.