Tempoh penutupan penuh lorong secara berkala di akses keluar Bandar Sri Damansara ke Jalan Kuala Selangor bagi pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) akan dilanjutkan dari 18 April hingga 17 Oktober
Menurut MMC-Gamuda dalam kenyataan pada Selasa, penutupan lorong sejauh 30 meter yang bermula dari 10 malam sehingga 6 pagi dilakukan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan dan kerja berkaitan MRT.
"Pemandu dari Bandar Sri Damansara menghala Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh) akan dilencongkan ke kanan bagi meneruskan perjalanan di Jalan Kuala Selangor (arah Kepong).
"Pemandu akan membuat pusingan 'U' di persimpangan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)/ Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa 2 (DUKE 2) sebelum kembali untuk ke Jalan Kuala Selangor (arah Sungai Buloh," menurut kenyataan itu.
Selain itu, penutupan jalan penuh secara berkala di Jalan Ipoh dari Jalan Batu Kentonmen ke Jalan Khalsa (arah Kuala Lumpur) dan dari Kuil Sri Muniswarar ke Jalan Cenderuh (arah Kepong) akan dilanjutkan dari 18 April sehingga 13 Julai.
"Penutupan jalan secara berkala ini adalah untuk kerja-kerja pemasangan segmen berbentuk T dan pemandu dari arah Jalan Ipoh (arah Kuala Lumpur) akan dilencongkan ke Jalan Ipoh (arah Kepong) untuk menggunakan aliran kontra.
Semasa penutupan jalan arah Kuala Lumpur dilaksanakan, pemandu dari Jalan Ipoh (arah Kuala Lumpur) akan dilencongkan ke Jalan Ipoh (arah Kepong) untuk menggunakan aliran kontra," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, penutupan jalan secara berperingkat di Lebuh Pintasan Dengkil FT29 akan dilanjutkan dari 18 April hingga 30 April untuk kerja-kerja pelancaran kekotak segmen untuk jajaran MRT.
Peringkat 1: Semasa penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, aliran trafik menghala ke Stesen Putrajaya Sentral akan dilencongkan ke lorong tengah. Pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Putrajaya Sentral boleh membuat pusingan U di persimpangan Skypark, Persiaran APEC, Cyberjaya.
Penutupan jalan sepenuhnya menghala ke Puchong/Kajang di Persimpangan Putrajaya Sentral dari Stesen Putrajaya Sentral, aliran trafik akan dilencongkan ke susur keluar ke Cyberjaya/Dengkil.
Peringkat 2: Semasa penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, Lebuh Pintasan Dengkil FTY29 menghala ke Puchong/Kajang, aliran trafik akan dilencongkan ke laluan kontra.
Peringkat 3: Penutupan jalan sepenuhnya di Persimpangan Putrajaya Sentral, Lebuh Pintasan Dengkil FT29 menghala ke Cyberjaya/Dengkil, aliran trafik akan dilencongkan ke laluan kontra.
Penutupan jalan ini akan dilaksanakan secara berperinglatr dan lencongan dan laluan kontra boleh digunakan oleh pengguna jalan raya pada satu-satu masa, menurut kenyataan itu.
Bernama
Tue Apr 16 2019

Untuk keselesaan warga kota dan penumpang pada masa akan datang, kesulitan seumpamanya boleh dijangka sepanjang pembinaan projek MRT berlangsung. - Gambar fail

Ramadan: Mahasiswa UIS, sertai qiamullail dan subuh berjemaah
Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) menggerakkan usaha yang berterusan untuk menggalakkan mahasiswa agar terus dekat dengan masjid.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Mohamad Norza sah pertahan jawatan Presiden MOM
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029.

Truck Fighter 1.0 perkukuh solidariti, bakal himpun 5,000 pemilik 4x4
Acara itu, yang dianjurkan oleh Zaki GM Garage bertujuan bagi memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 44.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pemotongan bantuan AS jejas keselamatan global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pemotongan besar dalam bantuan asing Amerika Syarikat, menyatakan bahawa langkah ini memberi kesan buruk kepada golongan paling terdedah di seluruh dunia.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Fokus Minggu Depan: Menikmati sambutan bulan mulia dengan lebih bermakna
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza
Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka melibatkan kos berjumlah RM103 juta.
Lelaki Jepun dikehendaki ditahan kumpulan bersenjata di Myanmar
Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti yang menguasai kawasan timur Myanmar mengakui bertanggungjawab menahan seorang lelaki Jepun berusia 36 tahun berhampiran sempadan Thailand.

Perak catat 1,204 kes kemalangan jalan raya dalam tempoh 11 hari Ramadan
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya, berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri.

Penutupan penuh lorong secara berkala untuk projek pembinaan MRT
Penutupan jalan sepenuhnya menghala ke Puchong/Kajang di Persimpangan Putrajaya Sentral dari Stesen Putrajaya Sentral, aliran trafik akan dilencongkan ke susur keluar ke Cyberjaya/Dengkil.

Tidak patuhi had laju di kawasan sekolah antara punca kemalangan
Kemalangan jalan raya membabitkan pelajar di kawasan sekolah dapat dielakkan jika pemandu mematuhi had laju, selain kawalan lalu lintas yang disediakan pihak sekolah.