Sebanyak 381 pusat jagaan di seluruh negara ditutup sejak Januari sehingga 14 Julai lepas berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar.
Beliau berkata pusat jagaan yang ditutup itu terdiri daripada 179 taska, tadika pra-sekolah (181) dan sekolah (21).
"Kita bersyukur kerana mengambil langkah pencegahan segera dan setakat ini tiada kematian dilaporkan. Penyakit ini endemik dan ia sedia ada, namun ia berada pada tahap terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan ke-9 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata 31,087 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 14 Julai lepas berbanding hanya 21,841 kes dalam tempoh sama pada 2017.
Katanya bilangan kes itu mengalami peningkatan 42.3 peratus.
BACA: Kes HFMD: Jantung gagal berfungsi jika tiada rawatan dari awal
BACA: Penguatkuasaan terhadap taska, tadika yang mempunyai kes HFMD
"Berdasarkan analisis yang dijalankan mendapati kecuali Sabah dan Sarawak tidak mengalami peningkatan bilangan kes. Kita bimbang dan mengawasi dengan teliti menerusi Jabatan Kesihatan negeri dan setiap kes yang dilaporkan, pasukan kita akan turun padang menemuramah pesakit serta keluarga mereka.
"Dalam kes yang serius, kita mengarahkan nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan supaya ditutup. Kita mengambil tindakan ini kerana virus penyakit ini merebak dengan cepat melalui sentuhan," katanya.
Justeru, katanya orang ramai khususnya pengusaha pusat jagaan digesa agar sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan digunakan kanak-kanak serta membuat saringan di premis masing-masing bagi mengelak mereka yang dijangkiti hadir ke nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan dan sekolah.
Katanya ibu bapa kanak-kanak yang mempunyai gejala HFMD juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam atau membenarkan mereka ke pusat-pusat jagaan itu selain memastikan kebersihan semua peralatan dan alat permainan dengan bahan cucian yang sesuai.
Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Dr Azman berkata 'community empowerment' perlu ditingkatkan untuk memastikan masyarakat mempunyai pemahaman yang jelas mengenai peranan mereka dalam menjaga kesihatan dengan baik.
"Daripada pemerhatian kita, cabaran untuk kesihatan awam sangat melibatkan sikap komuniti itu sendiri. Oleh itu, kita harus dekati komuniti untuk memastikan suara dan pandangan mereka didengar terutama dalam perancangan aktiviti yang melibatkan komuniti.
"Perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat adalah salah satu elemen penting dalam memastikan semua dasar kesihatan dilaksanakan dengan berkesan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.
Persidangan dua tahun sekali anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) itu disertai lebih 700 peserta terdiri daripada pakar perubatan kesihatan, ahli akademik dalam kesihatan awam serta pegawai perubatan dan pergigian.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali dan Naib Presiden PPPKAM Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Al-Junid.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 16 2018

Ibu bapa kanak-kanak yang mempunyai gejala HFMD juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam. - Gambar fail

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Sebuah suruhanjaya kesihatan perlu dibangunkan - Pakar kesihatan
Sebuah suruhanjaya kesihatan perlu dibangunkan bagi membolehkan akses kepada dana yang perlu, mengurangkan karenah birokrasi serta menangani isu penyelewengan pengamal kesihatan.

Penyakit HFMD terkawal, tiada kematian dilaporkan setakat ini
Sebanyak 381 pusat jagaan di seluruh negara ditutup sejak Januari sehingga 14 Julai lepas berikutan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).