Kerajaan Perak meminta kerajaan persekutuan membuat penegasan atau keputusan rasmi berkaitan isu rokok elektronik atau vape bagi diselaraskan dari segi penggunaannya di seluruh negara.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri bersedia mengguna pakai keputusan kerajaan persekutuan berhubung isu berkenaan.
"Kerajaan negeri membuat keputusan untuk mendapatkan penegasan daripada kerajaan persekutuan mengenai penggunaan vape ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada Isnin.
Beliau berkata kerajaan persekutuan perlu membuat keputusan secara rasmi bagi mengelak spekulasi mahupun kontroversi terhadap penggunaan vape.
"Saya meminta kerajaan persekutuan membuat peraturan ke atas perkara-perkara seperti vape, rokok dan lain-lain. Ia perlu dibuat keputusan secara rasmi.
"Kita tidak boleh membiarkan media dan orang ramai terus membuat spekulasi dengan memberi pandangan berbeza dan menjuruskan masyarakat kita kepada perbahasan yang tidak bermanfaat.
"Saya lebih suka ia dilihat dalam konteks lebih luas dan dibuat satu polisi serta keputusan yang jelas. Kalau semata-mata saya nak melihat dan mendengar satu memberi pandangan lain, satu lagi memberi pandangan lain, saya fikir itu tidak adil," katanya.
Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga mengambil kira nasihat atau pandangan daripada pihak berkaitan, termasuk Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berhubung isu vape itu.
"Kesan-kesan sepertimana laporan dikemukakan Kementerian Kesihatan juga diambil kira," katanya.
Terdahulu, Zambry menyaksikan majlis memeterai perjanjian pembangunan dan pengurusan ladang tanah mukim Pulau Kamiri daerah Kuala Kangsar, antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Perjanjian itu ditandatangani Rektor Kuisas Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.
Kerjasama selama 50 tahun antara kedua-dua pihak itu melibatkan 10 lot tanah pajakan negeri berkeluasan 2,200 hektar yang merupakan milik berdaftar Kuisas.
Pada 2014, Kuisas menawarkan PPPNP untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan, penyeliaan dan pengurusan di tanah tersebut.
PPPNP bersetuju dengan tawaran itu dan melantik anak syarikatnya, Perak Agro Plantation Management Sdn Bhd sebagai ejen pengurusan untuk membangunkan tanah berkenaan dan menjalankan kerja perladangan serta penanaman kelapa sawit.
Bernama
Tue Dec 22 2015

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri bersedia mengguna pakai keputusan kerajaan persekutuan berhubung isu berkenaan. - Gambar Fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.