Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa Perdana Menteri, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin Nasution berkata, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat setiap bulan dan beliau percaya ia merupakan platform terbaik untuk sebarang perbincangan dan menyampaikan cadangan berbangkit.
"Yang penting adalah jaminan bahawa ia (peralihan kuasa) harus berlaku secara tertib, licin, lancar dan tidak mewujudkan keresahan. Saya fikir itu keutamaan yang ada, dan saya percaya 'wisdom' itu ada pada Majlis Presiden PH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Syarahan Prof Richard Whish anjuran Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa Perdana Menteri dibuat pada bulan Mei tahun ini.
Hari ini media melaporkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia melepaskan jawatannya sekiranya itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH. - BERNAMA
BACA: Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Bernama
Tue Jan 14 2020

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan isu serta perkara berkaitan transisi dan peralihan kuasa Perdana Menteri, kata Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar BERNAMA

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Antilompat Parti bertepatan hasrat PH, kerajaan - Majlis Presiden PH
RUU itu perlu dibentang dan dilulus di Parlimen dalam tempoh tidak lewat dari Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac depan.

Tun Mahathir tiba untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH
Ketibaan pemimpin berusia 94 tahun itu disambut dengan sorakan 'Hidup Tun M!' daripada penyokong Bersatu.