Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu, untuk melepaskan diri.
Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata, kumpulan perampas terbabit juga meminta pihak penguatkuasa menyediakan bot ketika mereka sampai di Pulau Natuna.
"Proses rundingan masih berjalan...apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) meminta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana.
"Kapal itu dijangka sampai ke pulau berkenaan pada Sabtu pagi dan TLDM juga telah memaklumkan kepada pihak penguatkuasa Maritim Indonesia mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis malam.
Pada masa ini, KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri.
BACA: Orkim Harmony: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan
TLDM masih menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha menyelamatkan anak kapal terdiri dari 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, yang kini dalam tawanan sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang.
Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta itu, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal itu yang disahkan ditemui hari ini oleh pihak berkuasa, telah dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.
Azahari berkata sehingga kini, sebanyak 16 buah kapal dan empat pesawat berserta 1,200 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi tersebut.
Bernama
Thu Jun 18 2015

TLDM telah mengemukakan beberapa opsyen kepada MKN berkaitan usaha menyelamatkan anak kapal, yang terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - Gambar fail

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan perampas untuk melepaskan diri.