TINDAKAN wanita ini memang tidak boleh diterima sama sekali.
Dahlah merantau tempat orang, buat onar pula yang boleh burukkan nama Malaysia.
Siti Nurhidayah Kamal, 24, pada Isnin didakwa oleh Mahkamah Majistret Ringwood di Melbourne, Australia kerana memeras ugut pasangan Jay dan Dee Windross yang ketika itu sedang melalui keperitan.
Menurut laporan media antarabangsa, insiden berlaku selepas pasangan Windross itu mengiklankan kehilangan telefon mereka di media sosial. Mereka meminta sesiapa yang menjumpainya untuk mengembalikan semula kerana ia mengandungi foto-foto bayi mereka, Amiyah, 11 bulan yang ketika itu sedang nazak akibat masalah saraf sejak lahir.
Siti Nurhidayah, seorang penghantar makanan perkhidmatan Uber Eats, kemudian menghubungi pasangan Windross menerusi WhatsApp dan mendakwa dia ada terjumpa telefon bimbit tersebut.
Tetapi menurutnya, jika pasangan itu mahu telefon bimbit mereka semula, mereka perlu memasukkan wang sejumlah AUS$1,000 (RM2,900) ke dalam akaun banknya terdahulu.
Tidak lama kemudian, pasangan Windross mendapat tahu ia satu penipuan.
Lebih menyedihkan, Amiyah kemudian meninggal dunia di Hospital Kanak-Kanak Monash.
Sehingga kini, telefon bimbit tersebut masih gagal dikesan.
Pada Isnin, pihak mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dibuat terhadap Siti Nurhidayah.
Siti Nurhidayah dan suaminya dipercayai tinggal di Australia sejak empat bulan lalu manakala dua anak mereka ditinggalkan di Malaysia.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Apr 29 2019
Siti Nurhidayah (gambar) dituduh oleh Mahkamah Majistret Ringwood kerana memeras ugut pasangan Jay dan Dee Windross untuk membayarnya bagi mengembalikan semula telefon bimbit mereka yang hilang. - Foto Facebook
YouTube perkenal Jewels sebagai hadiah ketika penstriman langsung
Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan.
Kualiti udara di ibu negara India pada paras 'bahaya'
Kualiti udara di ibu negara India, New Delhi merosot ke paras merbahaya pada Khamis ketika kabus asap yang tebal menyelubungi negeri-negeri di utara.
Menurut Sistem Amaran Awal Kualiti Udara yang dikendalikan kerajaan untuk Delhi, Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pada pagi Khamis mencatatkan bacaan 424.
Menurut Sistem Amaran Awal Kualiti Udara yang dikendalikan kerajaan untuk Delhi, Indeks Kualiti Udara (AQI) Delhi pada pagi Khamis mencatatkan bacaan 424.
MP New Zealand ganggu sidang Parlimen dengan tarian haka
Parlimen New Zealand digantung sebentar pada Khamis selepas Ahli Parlimen dari suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka untuk mengganggu undian pada rang undang-undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori.
Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab redakan konflik
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova, beliau ketika mengulas sidang kemuncak bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memberi tumpuan kepada konflik Palestin-Israel.
Menurut Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova, beliau ketika mengulas sidang kemuncak bersama Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini memberi tumpuan kepada konflik Palestin-Israel.
ASEAN perlu manfaat sumber, capai kemapanan ekonomi - PM
Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada usaha pemusatan ASEAN sebagai satu pasaran tunggal seiring peranannya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) tahun depan.
Anwar ajak komuniti perniagaan Asia Pasifik melabur di Malaysia
Hasrat itu dinyatakan Anwar semasa sesi makan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Westport Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.
KDNK Malaysia Berkembang 5.3% pada Suku Ketiga 2024
Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, sedikit menurun berbanding 5.9% pada suku kedua.
Mahkamah: Perkembangan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram hingga mengorbankan dua anggota polis.
Pada tarikh akan datang, pihak pendakwaan dijangka akan membuat permohonan untuk kesemua kes dibicarakan bersama.
Faida Rahim ada laporannya dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pada tarikh akan datang, pihak pendakwaan dijangka akan membuat permohonan untuk kesemua kes dibicarakan bersama.
Faida Rahim ada laporannya dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
APEC 2024: PM bertemu wakil Google, bincang isu AI, pusat data
Dalam pertemuan bersama pasukan Google yang dipimpin Ketua Global, Hal Ehwal Kerajaan dan Polisi Awam Google, Karan Bhatia, mereka membincangkan berkenaan elemen penting dalam memperkukuh ekonomi digital negara iaitu pemerkasaan ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) dan pembangunan pusat data.
Peras ugut pasangan Australia kematian anak, wanita Malaysia didakwa mahkamah
Dahlah merantau tempat orang, buat onar pula yang boleh burukkan nama Malaysia.