Pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam berkata bukanlah menjadi kewajipan pendakwaan untuk memberi rakaman percakapan saksi tiga suspek warga Korea Utara yang telah kembali ke negara mereka kepada pihak pembelaan kerana ia bukan dokumen awam.
Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu Mahkamah Majistret di sini, bahawa beliau tidak dapat memberikan percakapan saksi itu pada peringkat ini kepada kedua-dua peguam yang mewakili tertuduh, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam.
Pada 1 Mac, Siti Aisyah, dan Doan Thi Huong bersama-sama empat lagi yang masih bebas, didakwa membunuh mangsa berusia 45 tahun itu di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), pada kira-kira 9 pagi, 13 Feb lepas.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Muhamad Iskandar berkata pihak pendakwaan akan membekalkan percakapan saksi itu semasa perbicaraan kes itu.
"Pada peringkat ini, kami tidak boleh bekalkan," katanya menjawab permohonan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah dan Hisyam Teh Poh Teik serta Datuk Naran Singh yang mewakili Doan.
Berhubung permohonan pihak pembelaan untuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pelbagai tempat, Muhamad Iskandar berkata pihak pendakwaan hanya memberi tumpuan rakaman CCTV di tempat kejadian di klia2 dan akan merujuk perkara itu kepada pegawai penyiasat.
Beliau berkata pihak pendakwaan tidak tahu apakah permohonan pihak pembelaan kepada polis mengenai CCTV.
Bagi permohonan untuk mendapatkan semua dokumen, "kami masih belum melengkapkan semua dokumen, jadi bagaimana kami dapat membekalkan kepada mereka," kata Muhamad Iskandar.
"Saya tidak fikir mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung permohonan berkenaan dan semua pertikaian undang-undang ini boleh dibangkitkan di Mahkamah Tinggi memandangkan mahkamah ini hanya boleh memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Pihak pendakwaan bagaimanapun, telah menyerahkan rakaman percakapan saksi daripada kedua-dua tertuduh kepada pihak pembelaan hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai Majistret berkata beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengarahkan pihak pendakwaan tetapi beliau telah merekodkan semua permintaan dan aduan peguam dan menasihatkan pendakwaan agar membantu pihak pembelaan berhubung perkara itu.
Terdahulu, Gooi mengadu bahawa ketika anak guamnya ditahan polis, pihak pembelaan telah membuat beberapa percubaan mendapatkan kebenaran menemu bualnya tetapi permintaan beliau ditolak.
Katanya beliau hanya mendapat menemu bual Siti Aisyah selepas dia didakwa di mahkamah, untuk masa yang terhad, iaitu 45 minit bagi setiap lawatan.
Bernama
Thu Apr 13 2017

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Bicara bela diri dua warga asing 11 Mac
Doan Thi Huong dijangka beri keterangan bermula 11 Mac depan manakala Siti Aisyah pada 27 Mei.

Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.

Kes Jong Nam: 'Suspek dilihat menyapu muka orang awam secara rawak' - Saksi
Perbuatan itu dikesan dua hari sebelum insiden melibatkan Kim Jong Nam berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Organ bengkak, tersumbat: Pakar sahkan Jong Nam mati akibat agen saraf VX
Si mati mengalami paru-paru membengkak (edema) dan tersumbat termasuk organ lain termasuk sebahagian daripada otak, hati dan limpa.

Kes bunuh Jong Nam: 'Saya tidak tahu DPR Korea itu bukan Korea Selatan' - Saksi
Saksi pertama ialah Lans Koperal Mohd Zulkarnain Sanudin, yang bertugas sebagai anggota polis rondaan di KLIA2 ketika insiden itu berlaku pada 13 Februari lalu.

Prosiding kes bunuh Kim Jong Nam bermula hari ini
Kedua-dua tertuduh, warganegara Indonesia, Siti Aisyah dan warganegara Vietnam, memasuki kamar mahkamah pukul 9.03 pagi dengan bergari sambil diiringi polis.

Kes Jong Nam: Lebih 100 pengamal media berkumpul seawal jam 2 pagi di KLIA
Media tempatan sudah mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seawal jam 2.30 pagi untuk ketibaan sembilan warga Malaysia dari Korea Utara.

Waris beri kebenaran kepada Malaysia urus mayat Kim Jong Nam - Timbalan KPN
Keluarga mendiang Kim Jong Nam memberi kebenaran kepada kerajaan Malaysia untuk menguruskan mayatnya, setelah dibunuh di KLIA2, 13 Feb lalu.

Identiti Kim Jong Nam disahkan melalui DNA anaknya - TPM Zahid
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pengesahan identiti itu ditentukan melalui sampel DNA anaknya.