Gesaan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepatkan dilihat antara faktor yang dapat memulihkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang membuat masalah di dalam 1MDB sekali gus akan membantu prosiding siasatan pada 19 Mei ini.
"Apabila Najib sendiri kata akan mengambil tindakan kepada pihak yang menimbulkan isu di dalam IMDB, semua ahli MT lega tambahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mengumumkan akan memulakan siasatan tidak lama lagi.
"Semua ahli MT sudah menyatakan akan bersama untuk pertahankan parti dari sebarang anasir yang boleh melemahkan sokongan rakyat kepadanya," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
BACA: Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Tun M
BACA: 1MDB: MT UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara dipercepatkan
BACA: Siasatan 1MDB perlu pantas, rakyat sedang menunggu - Khairy
Pada Isnin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1MDB dengan segera.
Tegas Dr Mahathir, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Najib sebelum ini.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini memaklumkan akan memulakan prosiding siasatan syarikat 1MDB pada 19 Mei ini.
Nur Jazlan juga memberitahu pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.
Katanya, pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.
Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, Najib menunjukkan momitmen jitu sepanjang perjalanan mesyuarat MT UMNO.
"Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan mesyuarat atas semangat sayangkan UMNO serta komitmen. Lebih-lebih lagi hari ini merupakan ulang tahun UMNO ke-69.
"Kami semua ahli MT UMNO nyatakan janji untuk bersama dan pertahankan parti," jelasnya.
Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberitahu topik mengenai 1MDB telah dibangkitkan dalam mesyuarat.
"Kami berharap dalam isu 1MDB, akan ada penyelesaian yang cepat dan tidak mengambil masa lama kerana rakyat sedang menunggu.
"Kami juga harap tindakan dapat diambil terhadap sesiapa yang bersalah dalam hal ini," ujar Khairy yang turut mengetengahkan soal pemulihan syarikat pelaburan tersebut," jelasnya.
Astro Awani
Tue May 12 2015

MAS ERMIEYATI: Cepat keputusan siasatan 1MDB pulih kepercayaan rakyat kepada kerajaan - Gambar fail

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.