Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.
Najib dalam satu kenyataan media hari ini menyifatkan tindakan Pyongyang itu sebagai perbuatan hina dan melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.
"Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam," katanya.
Beliau juga memaklumkan telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara dan mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini.
"Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara," katanya lagi.
Perdana Menteri dalam kenyataannya turut menggesa Korea Utara membenarkan rakyat Malaysia segera meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya.
"Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya," tegas beliau.
BACA: Pyongyang halang rakyat Malaysia tinggalkan Korea Utara
Astro Awani
Tue Mar 07 2017

Perdana Menteri turut menggesa Korea Utara membenarkan rakyat Malaysia segera meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Isu kemanusiaan: Malaysia perlu adakan rundingan dengan Taliban - Anwar
Malaysia perlu mengadakan rundingan bersama Taliban selepas kumpulan itu kini menguasai Afghanistan sepenuhnya.

44 pelajar Malaysia alami gejala di Mesir disahkan negatif COVID-19
44 pelajar Malaysia yang menunjukkan simptom demam dan selesema baru-baru ini disahkan negatif COVID-19.

Hubungan Malaysia-Kanada sama usia dengan Hari Malaysia
Beberapa sektor penting juga jelasnya boleh diteroka dengan kerjasama kerajaan Kanada antaranya pelancongan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, sains dan teknologi serta kesaksamaan gender.

Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Tun Mahathir
Agensi berita Arab Saudi (SPA), Raja Salman telah menzahirkan ucapan tersebut menerusi satu perbualan telefon.