Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin didakwa salah guna kuasa untuk mendapatkan harta pusaka keluarganya.
Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Noraihan Che Ali mendakwa, Bahri yang merupakan birasnya telah mengarahkan sepasukan anggota SPRM Putrajaya menggeledah rumahnya pada 18 Januari 2016 dan merampas sejumlah dokumen berkaitan perniagaan kolejnya, sekolah memandu dan dokumen-dokumen lain termasuk geran.
"Suami saya telah pulang ke rahmatullah pada September 2015 dan telah meninggalkan harta berjumlah sekitar RM100 juta dan hutang piutang bernilai RM85 juta.
"Kemudian berlaku perebutan harta pusaka peninggalan suami saya diantara adik beradik Allahyarham dengan saya dan anak saya," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Lanjutan pertikaian harta berkenaan, Noraihan berkata, adik suaminya yang juga isteri kepada Bahri, Datin Norhaslina Abdullah memintanya menandatangani surat penolakan harta yang ditinggalkan suaminya.
Satu surat peguam turut diserahkan kepada Noraihan bagi tujuan berkenaan disamping meminta anaknya untuk menurunkan cap jari bagi tujuan menolak harta yang ditinggalkan bapanya.
"Mereka mendesak saya supaya menandatangani surat penolakan harta, malah cuba mendapatkan cap jari anak saya yang merupakan anak yatim dan baru berusia 9 tahun. Yang mendesak saya ialah Datin Norhaslina Abdullah dan suami beliau, Datuk Bahri Mohd Zain.
"Selepas keengganan kami anak beranak untuk menandatangani surat penolakan harta tersebut, sepasukan Unit Khas SPRM Putrajaya telah datang ke rumah saya pada 18 Januari 2016 untuk menggeledah dan menyita kediaman saya dan mengambil semua dokumen berkaitan Allahyarham suami saya terutama berhubung Kolej Islam Sains dan Teknologi," katanya sambil mengesyaki operasi tersebut didalangi Bahri.
Bimbang akan ancaman yang dihadapinya, beberapa laporan polis telah dibuat pada 1 Mac 2016, namun beliau mendakwa tiada tindakan yang dilakukan.
Tambah Noraihan, beliau mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terhadap aduan berkenaan sambil meminta SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung salah guna kuasa oleh Bahri.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap Bahri pada tahun lepas.
Jelasnya, siasatan sudah dibuat dan dibawa ke Jabatan Peguam Negara.
“Laporan terhadap Bahri kita terima di Kelantan. Seperti biasa, kita akan jalankan siasatan kerana ada laporan dan apa jua penemuan akan kemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Persada PLUS, Subang hari ini.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jan 20 2017

Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Noraihan Che Ali mendakwa Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin telah menyalahguna kuasa berhubung isu harta pusaka keluarganya. - ASTRO AWANI / ASYRAF HASNAN

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Perebutan harta pusaka: Datuk Bahri Mohd Zin didakwa salah guna kuasa
Noraihan Che Ali mendakwa, Bahri yang merupakan birasnya telah mengarahkan sepasukan anggota SPRM Putrajaya menggeledah rumahnya.