Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 di negeri ini kerana ia menyalahi undang-undang dan tidak memenuhi syarat notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2013.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata sekiranya pihak penganjur meneruskan juga hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, pihak polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 9(1) dan Seksyen 4(2)(c) akta yang sama.
Beliau berkata di bawah Seksyen 4 (2)(C) Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur dan sesiapa menyertai suatu protes jalanan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan manakala penganjur perhimpunan yang melanggar syarat di bawah Seksyen 9(1) akta yang sama boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
"Pihak penganjur telah telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunan itu pada 19 Ogos bagi mengadakan perhimpunan, namun notis itu tidak dapat diproses disebabkan tidak memenuhi syarat kerana ia tidak disertakan dengan surat kebenaran untuk menggunakan premis daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Jalaluddin berkata pihak polis telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai kegagalan mereka untuk menyertakan syarat berkenaan Khamis lalu dan ia turut diakui oleh pihak penganjur.
Beliau berkata pihaknya dengan lebih 300 anggota sudah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya pihak penganjur mahu meneruskan niat mereka.
Bernama
Sun Aug 23 2015

JALALUDDIN: Polis telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai kegagalan mereka untuk menyertakan syarat berkenaan Khamis lalu. Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.

Bersih 4.0: Maria Chin didakwa
Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung perhimpunan itu.

Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.

Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat jam 6 petang tiada sebarang insiden berlaku dan tiada penangkapan dilakukan pihaknya.

Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri itu menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan.

Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.

Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro
Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Salleh ulangi gesaan supaya SKMM pantau laman web
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya SKMM memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Kumpulan Anti Bersih 4.0 batal hasrat berhimpun Sabtu ini
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.