Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan penganjur perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya menggunakan Jalan Raja, di sini pada Sabtu ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata perhimpunan itu hanya boleh dilakukan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula pukul 2 petang hingga 6 petang.
“Kami telah menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), UMMAH (Gerakan Pembela Ummah),dan DAULAT (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas.
“Sepanjang perhimpunan kesyukuran itu berlangsung, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan ... Jalan Raja serta padang Dataran Merdeka akan ditutup pada hari itu,” katanya pada sidang media selepas bermesyuarat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim di sini, pada Isnin.
Nor Hisham berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal lalu lintas dan keselamatan awam.
Jelasnya, PDRM dijadual bermesyuarat Rabu ini bagi membincangkan secara terperinci mengenai perhimpunan itu.
Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.
Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.
Astro Awani
Mon Dec 03 2018

NORHISHAM: Sepanjang perhimpunan kesyukuran itu berlangsung, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. -Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Perhimpunan ICERD hanya di Jalan Raja - DBKL
Lokasi perhimpunan hanya dibenarkan di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai dari pukul 2 petang hingga 6 petang.