Peserta perhimpunan kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu kota Sabtu ini, diminta tidak menimbulkan masalah dan menghasut sehingga boleh menyebabkan ketegangan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.
Beliau turut mempersoalkan tindakan penganjur perhimpunan itu meneruskan penganjuran, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD.
"Tapi oleh kerana mereka ingin nak berhimpun juga, mungkin kerana t-shirt dah cetak, hotel dah tempah, duit dah keluar dan sebagainya...Kalau mereka nak juga berhimpun, lalu kita akui lah hak mereka.
"Yang nak datang, dipersilakan...belanja di Kuala Lumpur (KL), beli-belah dan sebagainya. Sumbang untuk ekonomi warga KL, amat dialu-alukan, tetapi janganlah timbulkan masalah. Kita harus menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan rakyat, bukannya melaga-laga antara satu sama lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan imej 'Kuala Lumpur Criterium - Night Challenge' di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan negara ini.
Bernama
Mon Dec 03 2018
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad turut menasihatkan mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat. - Astro AWANI
Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.
Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.
AWANI Tonight | 13 Feb 2025
#AWANITonight with Faye Kwan
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
- Govt to amend Peaceful Assembly Act, all probes on public rallies halted
- 2024 deadliest year for journalists, Israel linked to 70% of cases
#AWANIEnglish #AWANInews
1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pusingan kerja sejak Ogos lepas
Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lepas.
Pegawai penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Mengikut sumber SPRM, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
AWANI Tonight: Hundreds of foreigners freed from scam centres in Myanmar
Over 250 people from 20 countries, who had been working in online scam centers in Myanmar, have been freed by an ethnic armed group and brought to Thailand. Authorities are determining if they were human trafficking victims.
AWANI Tonight: 2024: Deadliest year for journalists, Israel linked to 70% cases
In 2024, a record 124 journalists were killed across 18 countries, with nearly 70% of the deaths attributed to Israel, according to the Committee to Protect Journalists (CPJ).
AWANI Tonight: Government to amend Peaceful Assembly Act
The government will amend the Peaceful Assembly Act to facilitate groups intending to hold peaceful rallies where consent will no longer be needed from site owners, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
DBKL jalankan siasatan dakwaan pemberian projek RM4 juta
Ahli lembaga penasihat tersebut dikatakan memegang jawatan dalam syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.