Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Jumaat mengumumkan pelaksanaan tujuh inisiatif bagi meringankan beban golongan belia yang terkesan akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu hingga 31 Mac ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata menerusi inisiatif tersebut pembayaran elaun kepada 10,000 pelajar di 22 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) akan dipercepatkan kepada selewat-lewatnya Rabu depan.
Katanya, pihaknya juga akan menyediakan insentif data internet secara sekali bayar berjumlah RM50 kepada pelajar ILKBS bagi menyokong pembelajaran secara digital 'Google Classroom' yang diusahakan sepanjang PKP.
"Peruntukan sebanyak RM100,000 disalurkan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam membantu Orang Kurang Upaya (OKU) , gelandangan belia yang terkesan dan memerlukan di bawah program Relawan MBM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia bagi menyokong dan membantu bekas atlet yang memerlukan dalam tempoh kawalan pergerakan tersebut.
Reezal Merican berkata KBS juga akan memberi pengecualian bayaran sewa premis di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara selama enam bulan
Tambahnya, semua pekerja sambilan harian di kementerian itu akan diberi pembayaran penuh sepanjang tempoh PKP dan pelajar praktikal yang menjalani latihan industri akan menikmati pembayaran penuh elaun praktikal bagi bulan Mac.
Katanya, KBS menyediakan kemudahan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras, di sini, untuk menempatkan 41 peserta program MyCorps yang baru tiba dari Bangladesh hari ini dan Nepal pada esok bagi tujuan kuarantin, sehingga dibenarkan pulang oleh pihak berkuasa
KBS juga menawarkan kemudahan atau fasiliti di bawah seliaan KBS untuk digunakan oleh pihak Kementerian Kesihatan atau mana-mana agensi yang berkaitan bagi tujuan menangani penularan wabak COVID-19, katanya.
Katanya, kementerian itu juga sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan sebarang cadangan agar agenda pemerkasaan belia dapat dilaksanakan secara bersepadu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020

Reezal Merican berkata KBS juga akan memberi pengecualian bayaran sewa premis di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negara di seluruh negara selama enam bulan. --fotoBERNAMA/Fail

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.