Sophia, robot humanoid sosial, yang mencuri perhatian ramai dua hari lepas dan malah turut berinteraksi dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berdebat dengan jaguh debat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Sophia yang dihasilkan oleh syarikat Hanson Robotics berpangkalan di Hong Kong yang diperkenalkan pada 2016, membuat penampilan dua hari pada sidang kemuncak, Beyond Paradigm Summit 2019, mempamerkan teknologi terkini yang menghimpunkan idea utama pendigitalan dan pertukaran data yang merangkumi Revolusi Industri 4.0.
Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui termasuk Sophia sendiri, bahawa Malaysia juga mempunyai robot humanoid yang canggih bernama ADAM.
Menyerupai karakter watak adiwira Marvel, iaitu gabungan dua warna - hitam di bahagian kepala dan merah menutupi muka, ADAM adalah akronim bagi Advanced Development Autonomous Machine dibangunkan Robopreneur Sdn Bhd, syarikat robotik tempatan berpangkalan di Cyberjaya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Dr Hanafiah Yussof berkata, ADAM pertama kali diaktifkan pada Mac 2019 selepas satu tahun menjalani penyelidikan, pembangunan dan kerja prototaip, justeru mendakwa ADAM adalah robot humanoid Malaysia yang pertama dihasilkan.
Robot humanoid seberat 44kg itu mempunyai 22 pergerakan anggota badan dari pinggang hingga ke kepala termasuk pergerakan jari, malah ADAM juga mempunyai kapasiti untuk berinteraksi dengan manusia menggunakan sistem pengesanan suara menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
"Jadi idea membangunkan robot humanoid sebenarnya satu daripada inisiatif menyumbang kepada visi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kerana pembangunan humanoid sebenarnya melibatkan perkembangan teknologi itu sendiri, seperti reka bentuk robot, pengkomputeran termaju, penderiaan dan AI, antara komponen terpenting dalam IR4.0.
"Ini sebenarnya merupakan projek selama lima tahun tetapi kini kami telah menyelesaikan fasa pertama projek ini iaitu dalam tempoh setahun," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sidang kemuncak Beyond Paradigm Summit, di sini baru-baru ini.
Hanafiah berkata ADAM akan siap sepenuhnya dalam tiga fasa, iaitu fasa pertama telah pun selesai dan fasa kedua pula memberi tumpuan aspek pembangunan badan keseluruhan.
Fasa ketiga lebih menjurus ke arah memperkasakan algoritma pembelajaran mesin supaya robot mempunyai keupayaan untuk berucap secara lebih natural, pengesanan emosi dan visual.
"Bagi tahap ketiga juga, kami akan lengkapkan robot dengan lebih banyak ciri manusia seperti pemasangan kulit.
"Kami berharap pada masa itu robot ini akan mempunyai wajah Malaysia, jadi ia akan menjadi ikon Malaysia," kata Hanafiah sambil tersenyum apabila ditanya adakah wajah ADAM kacak seperti Sophia yang menawan.
Beliau berkata syarikat itu juga merancang untuk memasarkan ADAM, kerana ia menawarkan platform sedia bagi pengembangan AI dan mesin pembelajaran, menjadikannya sesuai sebagai platform penyelidikan dan pembangunan selanjutnya ke arah mewujudkan robot penjagaan kesihatan dan sosial yang berfungsi dalam persekitaran manusia.
"Saya percaya jika anda mahu menceburi industri Kecerdasan Buatan yang besar, kita perlu mengambil tindakan sekarang dan saya percaya jika kita mempunyai pasukan yang hebat, pembiayaan yang mencukupi dan pelan pelaksanaan projek yang baik, kita tidak jauh di belakang China, Amerika Syarikat dan Jepun," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2019

Dr Hanafiah Yussof bergambar bersama robot humanoid bernama ADAM pada sidang kemuncak Beyond Paradigm Summit. - Gambar BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki menang loteri nekad tikam isteri, bunuh 2 anak apabila rahsia terbongkar
Kedua-dua anaknya, Adam, 11, dan Matthew, 5, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpegangan tangan.

'Sangkar', filem MMA pertama Malaysia tampil dengan trailer rasmi
Filem aksi seni bela diri campuran (MMA) pertama Malaysia yang berjudul 'Sangkar', tampil dengan trailer rasminya hari ini.

Kaka Azraff bakal nikah hari ini?
Wah tahniah Kaka Azraff dan Adam!

Kejayaan Adam tawan Kem Induk Everest beri inspirasi rakan senasib
Adam berjaya menawan Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter pada pukul 2.30 tengah hari pada 15 Mei lepas waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia) dengan cara mengengsot.

Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.

Fiza Elite kecewa dituduh sebagai punca rumahtangga bergolak
Fiza meminta supaya orang ramai tidak bertanyakan lagi soalan-soalan berkaitan kontroversi mengenai pergolakan rumahtangga mereka.

Rumahtangga didakwa bergoyah, Adam AF2 tidak mahu komen
Jelas Adam dia memohon semua pihak berikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedudukan statusnya dengan isterinya itu.