Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berharap lebih ramai pekerja ekonomi gig mendapatkan perlindungan keselamatan sosial menerusi Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig) yang telah dibuka bermula semalam hingga 31 Dis 2021.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam kenyataan pada Selasa berkata ini kerana golongan itu terdedah kepada pelbagai risiko berkaitan pekerjaan sendiri.
Beliau berkata berdasarkan anggaran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), seramai 28,425 pekerja ekonomi gig telah berdaftar dengan Perkeso sejak 1 Jan lepas dan jumlah itu merupakan tujuh peratus daripada kira-kira 400,000 individu yang terlibat dalam ekonomi gig di negara ini.
Menerusi PenjanaGig, Mohammed Azman berkata pekerja gig mendapat perlindungan keselamatan sosial melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan Dua dengan caruman RM232.80 secara percuma selama setahun.
"Kerajaan membiayai 70 peratus bayaran caruman manakala baki 30 peratus oleh platform penyedia perkhidmatan.
"Ini bermakna kerajaan menyumbang sebanyak RM163 daripada caruman setahun Pelan Dua SKSPS di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, sementara platform penyedia perkhidmatan menyumbang RM69.80," jelasnya.
Katanya, antara syarat kelayakan untuk bantuan PenjanaGig adalah bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan MDEC.
Platform penyedia perkhidmatan gig boleh mendaftar PenjanaGig melalui gig.perkeso.gov.my dan layari www.perkeso.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut atau hubungi 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected].
Pekerja ekonomi gig merupakan golongan yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan dalam talian atau aplikasi digital untuk mendapat upah seperti GrabCar, FoodPanda, Lalamove, BungkusIt dan sebagainya.
Antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi gig adalah sektor pengangkutan penumpang e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan serta perniagaan dalam talian.
Antara faedah yang disediakan SKSPS Perkeso adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Faedah Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi gig adalah sektor pengangkutan penumpang e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40
Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan M40 yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilaksanakan bermula Selasa.

Industri penghantaran makanan dijangka meningkat sehingga RM1.59 trilion pada 2024
Industri penghantaran makanan di bawah ekonomi gig tersebut seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan.