Sebanyak 21,800 permohonan faedah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) daripada individu yang kehilangan pekerjaan diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, daripada jumlah itu, 444 permohonan adalah di Terengganu membabitkan pekerja di bawah 20 majikan dan 260 telah diluluskan setelah didapati cukup syarat yang ditetapkan.
“Sementara itu, ada juga beberapa kes yang terpaksa kita tolak iaitu sejumlah 79 kes yang membuat permohonan, kita terpaksa tolak kerana kes ini didapati tidak layak untuk memohon di bawah SIP di mana mereka ini tidak hilang pekerjaan tetapi telah diberi notis cuti tanpa gaji,” katanya.
Beliau berkata, kesemua permohonan itu diterima bermula Januari sehingga April lalu.
Katanya, ia juga menunjukkan peningkatan ketara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac.
Bagaimanapun, pihak yang gagal dalam permohonan SIP tidak perlu gusar kerana mereka boleh memohon program pengekalan pekerjaan yang turut dilaksanakan Perkeso.
Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak angkat Perkeso di Kampung Lingai, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Perkeso juga telah meraikan 58 anak angkat pada tahun ini dengan kos RM20,000 dan tambahan 26 lagi anak angkat di Terengganu yang menerima sumbangan dan duit raya.
Bagi ibu kepada anak angkat Perkeso, Roha Yunus, dia bersyukur kerana anak-anaknya dipilih Perkeso untuk menerima manfaat bagi meneruskan kehidupan.
Ujar Roha yang mempunyai 10 orang anak, kehidupannya agak susah kerana tidak bekerja dan mempunyai empat orang anak berusia tujuh sehingga 12 tahun.
Dia hanya bergantung kepada pencen bulanan dari Perkeso dan bantuan anak serta saudara semata-mata untuk membesarkan anak selepas kematian suami yang juga pencarum pada Jun 2018 akibat kanser.
Astro Awani
Thu May 21 2020

Ahmad Nadzarudin menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak angkat Perkeso di Kampung Lingai, Kuala Nerus. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.