KUALA LUMPUR:Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat ini menerima 348 aduan berkaitan penyalahgunaan Program Subsidi Upah Perkeso (PSU) dan penipuan dalam pembayaran bantuan subsidi upah di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata daripada jumlah itu, 269 aduan telah diselesaikan dengan tiga aduan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala 79 kes lagi masih dalam siasatan.
Berkenaan dengan penahanan dua pengarah syarikat swasta oleh SPRM berhubung tuntutan palsu PSU berjumlah hampir setengah juta ringgit semalam, beliau berkata ia merupakan antara tiga aduan yang dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut.
"Memandangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak SPRM terhadap individu terbabit, sebarang kenyataan lanjut hanya akan dimaklumkan setelah siasatan selesai.
"Individu daripada dua syarikat di Segamat, Johor itu disyaki telah mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan PSU di bawah Penjana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, kedua-dua suspek itu ditahan di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan tuntutan palsu PSU yang membabitkan pengarah syarikat wanita berumur 39 tahun yang membuat tuntutan PSU untuk 52 pekerja melibatkan bayaran subsidi upah sebanyak RM282,600.
Seorang lagi adalah lelaki berumur 64 tahun, menuntut bayaran PSU untuk 38 pekerja melibatkan pembayaran sebanyak RM195,600.
Katanya, bayaran telah dibuat Perkeso bermula bulan Mei hingga Oktober 2020.
Sementara itu, beliau berkata setakat ini, Perkeso telah membuat pembayaran berjumlah RM13.5 bilion kepada majikan-majikan yang layak menerima bantuan tersebut.
"Perkeso komited dalam memastikan agar bantuan kewangan yang diberikan kerajaan disalurkan dengan betul mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Mohammed Azman berkata Perkeso sentiasa membuat pemantauan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh majikan dan tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan atau penyalahgunaan bantuan tersebut.
Beliau berkata Perkeso sekali lagi ingin mengingatkan kepada majikan agar bersikap jujur dalam mengemukakan permohonan PSU.
Majikan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, diminta untuk memulangkan bayaran PSU yang diterima.
Beliau berkata bayaran balik boleh dibuat ke akaun Maybank bernombor 564427515459 (PERKESO SIP-Bayaran) dengan rujukan Bayaran balik PSU.
Majikan perlu mengisi borang persetujuan bayaran balik bantuan PSU/ERP dan mengemukakannya kepada Perkeso berserta bukti bayaran balik melalui e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Perkeso sekali lagi ingin mengingatkan kepada majikan agar bersikap jujur dalam mengemukakan permohonan PSU.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.