MASALAH buli yang berlaku diatas jalan raya dalam negara kita tidak boleh dipandang ringan kerana impak serius yang boleh dibawa kepada diri pelaku yang terlibat serta orang sekeliling yang tidak bersalah.
Tidak dapat dipastikan secara terperinci kenapa masalah pembulian yang berlaku diatas jalan raya ini kerap berlaku dalam negara kita.
Namun antara faktor punca yang boleh dikenal pasti kenapa masalah buli diatas jalan raya ini berlaku adalah kerana faktor diri pelaku itu sendiri yang tidak dapat mengawal minda, hati serta perasaan dirinya sendiri yang menyebabkan mereka menjadi seorang pembuli diatas jalan raya.
Orang yang tidak dapat mengawal minda, hati serta perasaan ini bukan sahaja boleh menjadi seorang pembuli diatas jalan raya malah mereka boleh juga melakukan pelbagai jenis salah laku diatas jalan raya sehingga berlakunya kemalangan dan menyebabkan kecederaan dan kematian kepada orang sekeliling yang tidak berdosa.
Walau apa pun punca yang menyebabkan seseorang itu terjebak menjadi seorang pembuli diatas jalan raya, akibat daripada perbuatan buli mereka sudah pasti akan memberi kesan buruk terhadap pengguna jalan raya yang lain.
Sudah banyak kali kita didedahkan dengan isu buli yang berlaku dijalan raya dalam negara kita ini yang membawa kepada pergaduhan serta kecederaan orang yang tidak bersalah.
Pelbagai langkah boleh diambil bagi mengatasi masalah buli yang berlaku diatas jalan raya dalam negara kita.
Antara langkah yang boleh diambil ialah melalui kempen pendidikan berterusan kepada semua pengguna jalan raya supaya menjaga perlakuan mereka sepanjang berada diatas jalan raya serta menyemai budaya saling hormat menghormati antara satu sama lain ketika memandu.
Setiap pemandu juga perlu dididik supaya menjadi lebih sabar serta tidak tergopoh – gopoh ketika memandu supaya mereka tidak berada dalam keadaan tertekan hingga boleh menyebabkan fikiran dan emosi mereka terganggu yang akhirnya menjadikan mereka sebagai seorang pembuli jalan raya.
Pihak kerajaan juga perlu melakukan proses kajian dan penyelidikan dengan lebih mendalam terhadap isu buli yang berlaku diatas jalan raya ini supaya semua pihak dapat ketahui dengan lebih jelas punca – punca kenapa kegiatan buli berlaku diatas jalan raya dalam negara kita.
Dengan adanya kajian penyelidikan yang mendalam terhadap perkara ini, dengan mudah kita dapat mengambil sebarang langkah yang perlu bagi mengatasi masalah buli yang berlaku diatas jalan raya dalam negara kita.
Selain daripada itu, pihak kerajaan perlu melakukan perubahan drastik proses undang – undang yang ada dalam negara kita khususnya undang – undang berkaitan dengan aspek pemanduan diatas jalan raya.
Sudah sampai masanya jalan raya dalam negara kita dipenuhi dengan pemandu yang betul – betul berkualiti serta yang benar – benar layak untuk memandu dengan memiliki dua aspek penting ketika ingin memandu iaitu aspek kematangan dan kesabaran.
Kematangan dan kesabaran adalah dua komponen yang penting ketika seseorang itu ingin memandu sebarang jenis kenderaan di atas jalan raya.
Tanpa adanya tahap kematangan dan kesabaran yang tinggi ia bukan sahaja boleh membawa risiko berlakunya kejadian buli diatas jalan raya malah turut boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini sehingga boleh menjejaskan keselamatan orang yang tidak bersalah diatas jalan raya.
Oleh yang demikian, adalah ingin dicadangkan supaya pihak kerajaan baru dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) menyemak semula jenis peruntukkan undang – undang yang berkaitan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] supaya setiap jenis lesen yang ingin dikeluarkan dapat diberikan kepada mereka yang betul – betul layak untuk memilikinya.
Pihak berkuasa yang berkaitan khusus pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus memastikan hanya mereka yang memiliki tahap kematangan minda dan tahap psikologi atau emosi yang stabil berhak untuk diberi sebarang lesen pemanduan jalan raya. Mengenai perkara ini, pihak kerajaan boleh melihat kembali kepada beberapa peruntukkan sedia ada di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] terbabit seperti Seksyen 29 yang mensyaratkan ujian kekompetenan memandu, Seksyen 30 yang menyediakan peruntukkan mengenai kesihatan jasmani bagi pemohon lesen memandu, Seksyen 39 yang mengenakan sekatan pemanduan pihak bawah umur dan lain – lain lagi.
Pihak yang ingin memiliki lesen pemanduan perlu menjalankan beberapa ujian kompetensi yang lebih ketat lagi bagi memastikan setiap bakal pemandu memiliki tahap kematangan minda yang bersesuaian serta kestabilan psikologi atau emosi sebagai seorang pemandu sebelum mereka diberi sebarang lesen pemanduan kenderaan.
Proses pemeriksaan ini perlu dilakukan oleh mereka yang benar – benar pakar dalam bidang berkenaan. Pemeriksaan teliti dan lebih ketat terhadap latar belakang setiap bakal pemandu perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka benar – benar layak memiliki sebarang lesen pemanduan kenderaan.
Walaupun cadangan yang diberikan bakal memberi bebanan terhadap bakal pemandu dalam negara kita dimasa akan datang, namun ianya harus dilihat secara positif bagi memastikan setiap bakal pemandu dalam negara kita adalah terdiri daripada mereka yang benar – benar layak untuk berada diatas jalan raya serta yang dapat mengamalkan budaya toleransi dan hormat – menghormati ketika berada di atas jalan raya sekaligus dapat mengurangkan masalah buli yang berlaku diatas jalan raya dalam negara kita.
Muzaffar Syah Mallow
Fri Jun 07 2019

Selain daripada itu, pihak kerajaan perlu melakukan perubahan drastik proses undang undang yang ada dalam negara kita khususnya undang undang berkaitan dengan aspek pemanduan diatas jalan raya. - Gambar hiasan

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Perketat syarat pengambilan lesen, elak pembuli jalan raya
Masalah buli yang berlaku diatas jalan raya dalam negara tidak boleh dipandang ringan kerana impak serius yang boleh dibawa kepada diri pelaku yang terlibat dan orang sekeliling yang tidak bersalah.